Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penutupan spa: $169,000 prabayaran insurans perlindungan tidak dituntut

Jul 20, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 580 pengguna tidak dapat dihubungi atau tidak memberi respons kepada syarikat insurans yang dilantik CaseTrust untuk menuntut insurans perlindungan prabayaran sebanyak $169,000.



Jumlah ini adalah sebahagian daripada bayaran buat mereka yang terjejas dengan penutupan 28 spa dan perniagaan kesejahteraan yang diberi pentauliahan oleh CaseTrust antara Februari 2017 dengan bulan lalu, kata Persatuan Pengguna Singapura (Case) semalam.



Lebih $280,000 telah dibayar sejak 2017 di bawah skim ini kepada 512 pelanggan yang terjejas dengan setiap pelanggan menerima secara purata sekitar $540.



Case memperkenal perlindungan prabayaran dalam skim pentauliahan spa dan kesejahteraan CaseTrust pada 2011.



Pentauliahan perniagaan spa dan kesejahteraan di bawah skim ini diperlukan bagi melindungi prabayaran yang dibuat pengguna menerusi pembelian insurans perlindungan prabayaran.



Menyusuli prabayaran yang dibuat pada perniagaan bertauliah ini, pelanggan akan diberikan sijil insurans yang meliputi butiran peribadi dan jumlah yang diinsurankan.



Jika perniagaan ini 'gulung tikar', syarikat insurans yang dilantik akan menghubungi pelanggan yang terjejas bagi bayaran tersebut.



Sehingga 13 Julai tahun ini, lebih $15.8 juta dalam bentuk prabayaran oleh pengguna dijamin insuransnya menerusi skim ini dengan lebih $263 juta berupa prabayaran keseluruhannya dilindungi sejak pengenalan ciri perlindungan prabayaran ini.



Presiden Case, Encik Melvin Yong, berkata banyak perniagaan dalam industri spa dan kesejahteraan telah menerima kesan Covid-19, dengan beberapa syarikat terpaksa ditutup manakala skim perlindungan prabayaran pula telah membantu pelanggan meraih jaminan bagi bahagian pakej yang tidak digunakan, yang boleh mencecah hingga puluhan ribu dolar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >