Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

WACANA PERINTIS SASTERA MELAYU

Penyair deklamasi sendiri puisi 'Kepadamu Kekasih'

Nov 13, 2016 | 05:30 AM



KEPADAMU kekasih,

aku bertanya,

apakah kau akan

menerimaku kembali

atau harus menghitung lagi...



Itulah lirik puisi karya Encik Eunos Asah, yang telah beliau deklamasikan semalam sebagai pembuka tirai Wacana Perintis Sastera Melayu.



Forum itu merupakan anjuran bersama Berita Harian dan Majlis Seni Kebangsaan (NAC) sempena Pesta Penulis Singapura (SWF) 2016.



Mereka yang hadir menikmati persembahan puisi Kepadamu Kekasih yang diiringi alunan merdu gitar mengisi ruang River Room di Muzium Tamadun Asia (ACM).



Puisi yang ditulis Encik Eunos pada 1979 itu dan kemudian dirakamkan M. Nasir pada 1981 itu mempunyai makna yang sangat mendalam baginya.



"Penulisan itu merupakan luahan hati saya apabila saya tertanya diri saya, bilakah masa saya akan berakhir, bagaimanakah nanti kelakuan saya diperhitungkan, termasuk segala jasa dan bakti?" kata Eunos.



Forum tersebut telah membawa bersama sekumpulan penulis generasi perintis berkongsi pengalaman, inspirasi dan dorongan mereka dalam mengembangkan bidang penulisan Melayu Singapura dalam tahun 1970-an dan 1980-an.



Panel forum itu terdiri daripada Encik-encik Eunos Asah, Suratman Markasan, Maarof Salleh, Abdul Hamid Besih, Mohamed Yusoff Abdul Rahman dan Sumadi Sarkawi, yang lebih dikenali sebagai Kumpulan Orang Bertujuh Temasek (O7T).



Forum itu antara kegiatan dalam Persidangan Melayu: Sentuh Sayang, Tinggal Pun Sayang.



Encik Suratman berkata apabila beliau menulis, beliau perlu mempunyai visi keadilan.



"Seorang penulis harus mempunyai tiga M dan satu B iaitu membaca, menelaah, berfikir dan mencipta" kata Encik Suratman.



Encik Mohamed Yusoff pula menitiskan air mata ketika berkongsi pengalaman dalam perjuangannya berkarya.



Encik Sumadi pula mula menulis daripada menengah empat, sementara Encik Maarof berkongsi pengalamannya mula menulis dan kemudian berhenti menjadi aktivis sosial dan selepas itu kembali ke bidang sastera.



Mereka yang hadir diberi buku antologi enam penulis itu bertajuk Tinta 6 Penyair yang diterbitkan Berita Harian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >