Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN PSLE

Penyakit kronik tidak halang murid muncul antara pelajar cemerlang madrasah

Nov 24, 2022 | 05:30 AM



KETIKA tempoh genting prelim di mana pelajar lain sedang sibuk memberi tumpuan terhadap persediaan bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE), Noor Azmina Sahul Hameed pula perlu 'berperang' dengan penyakit kronik yang dihidapinya sambil memastikan dia tidak ketinggalan dalam pelajaran.



Remaja itu beberapa kali terpaksa tidak hadir bagi sekolah dan keadaan kesihatannya yang membuat dia batuk secara berlebihan sehingga sukar bernafas membuatnya kerap sakit kepala.



Biarpun begitu, pelajar Madrasah Al-Ma'arif Al-Islamiah itu berjaya gagahi sekali cabaran yang datang menerpa sehingga mencapai markah yang menepati jangkaannya keputusan PSLE, malah menjadi antara pelajar cemerlang madrasah tersebut.



Noor Azmina merupakan antara 325 pelajar madrasah darjah enam, ataupun 99.4 peratus, yang lulus PSLE.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Noor Azmina, 12 tahun, meluahkan kesyukuran atas keputusannya dan akui perjalanan menuju ke tahap ini bukanlah mudah.



Menyingkap pengalamannya, dia berkata:



"Kebanyakan masa di mana saya berehat di rumah kerana saya sakit, saya tidak dapat belajar banyak walaupun saya cuba yang terbaik. Saya akan rasa letih dan lesu. Saya akan berehat sepanjang hari dan apabila saya rasa lebih bertenaga bila-bila masa, saya akan belajar."



Bagi pelajar bersemangat kental ini, dia percaya "semua yang berlaku pasti ada hikmah."



Justeru, dia tidak memandang cabaran ini sebagai sesuatu yang mematahkan semangat tetapi sebaliknya membangkitkannya.



Dalam pada itu, Noor Azmina, yang juga pengawas sekolahnya sejak dua tahun lalu, berkata ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakannya banyak menolong dan memberinya dorongan.



Berkongsi bagaimana dia memastikan dia tidak ketinggalan dalam pelajaran, anak sulung dua beradik itu berkata:



"Saya selalu bertanya kepada rakan-rakan saya, contohnya apa yang mereka pelajari di sekolah kerana saya rasa saya belajar lebih baik apabila bersama mereka.



"Ada perkara yang mungkin saya tahu tetapi mereka tidak tahu, dan yang mereka tahu tetapi saya tidak tahu. Jadi ia baik untuk bertanya mereka juga. Jika saya benar-benar tidak tahu jawapan kepada sesuatu, saya akan bertanya dengan guru saya menerusi WhatsApp."



Dia berkata ia penting bagi murid agar tidak malu bertanya sekiranya tidak pasti akan sesuatu perkara kerana ini membawa manfaat bukan sahaja pada waktu itu tetapi dalam jangka masa panjang.



Dia yang bercita-cita mendalami ilmu sains, berkata: "Apabila anda berdepan dengan satu cabaran dan rasa seolah-olah ingin putus asa, ingat bahawa semua yang berlaku pasti ada sebab dan ada hikmah.



"Pasti juga ada orang lain yang berdepan dengan masalah yang lebih sukar. Jadi kita perlu selalu menghargai apa yang kita ada. Inilah moto hidup saya yang terus memberi saya dorongan untuk memberikan yang terbaik."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >