Penyakit suami dorong isteri pertingkat diri
Walau dilanda penyakit kronik, dua pesakit cekal lagi tabah kekal positif bahkan mencetus inspirasi buat orang sekeliling. Apakah kisah di sebalik semangat waja mereka dan bagaimana keluarga mahupun jururawat menyinar cahaya dalam kehidupan mereka? HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) menyingkap pengalaman dua pemenang Anugerah Pesakit Pencetus Inspirasi SingHealth 2015.
Apr 05, 2015 | 05:30 AM
APABILA mata pencariannya sebagai teknisyen kejuruteraan diragut tahun lalu dek komplikasi penyakit kencing manis dan ginjal, Encik Mustafa Kamal Abu Bakar dicerut kebimbangan.
Beliau terfikir tentang masa depan dan kos pendidikan tiga anaknya yang kini berusia 12 tahun, 13 tahun dan 19 tahun.