Penyakit tak halang lalui hidup bermakna
Pesakit hemofilia kini kejar diploma, mahu cetus inspirasi kepada golongan senasib
Apr 18, 2016 | 05:30 AM
SEKILAS pandang, Encik Mohamed Imanuddin Mohamed Salleh kelihatan seperti belia lain yang gemar bermain permainan komputer, suka melukis animasi Jepun dan merakam foto.
Bagaimanapun, tidak ramai yang mengetahui keperitannya mengharungi penyakit hemofilia kronik yang dikesan pada usianya semuda 12 tahun.