Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyalaan lampu Hari Raya di Geylang Serai 12 Mei ini

May 05, 2018 | 05:30 AM



JALAN raya sepanjang Changi Road dan Sims Avenue bakal bermandi cahaya gemerlapan menjelang 12 Mei ini, apabila acara penyalaan lampu Hari Raya diadakan secara rasmi.



Dianjurkan Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Geylang Serai dan CCC Kembangan-Chai Chee, penyalaan lampu tersebut dijangka penuh meriah dengan ciri-ciri lama turut diketengahkan.



Terdapat dua gerbang utama tahun ini - yang pertama mengetengahkan rumah kampung dan sampan; dan yang kedua memaparkan masjid.



Rumah kampung tersebut melambangkan keluarga atau masyarakat yang tinggal bersama manakala sampan melambangkan mereka yang merantau yang pulang ke tanah air untuk menyambut Raya bersama keluarga serta sanak-saudara.



Masjid pula simbolik sebagai tempat umat Islam melakukan solat terawih pada bulan Ramadan.



"Tema bagi Penyalaan Lampu Hari Raya 2018 ialah 'Meraikan semangat perkampungan'.



"Hiasan lampu yang dipasang menggabungkan ikon yang berkait rapat dengan kampung Melayu lama," kata Cik Priscil Poh, jurucakap P'art 1 Design, syarikat yang bertanggungjawab memasang lampu-lampu Raya tahun ini.



"Sebagai contoh, salah satu daripada dua gerbang utama menunjukkan kampung dan sampan - ini melambangkan kebersamaan masyarakat dan bagaimana mereka yang di luar negara akan pulang ke rumah untuk bersama keluarga mereka," tambah beliau.



Selain gerbang-gerbang utama, beberapa gerbang sampingan juga akan dipasang.



Gerbang tersebut mempunyai simbol yang dikait rapat dengan masyarakat Islam seperti bintang dan bulan sabit.



Jejatas yang terdapat di kawasan itu juga akan memaparkan pelbagai ucapan berbeza yang sering dilafazkan semasa Hari Raya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >