Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyalaan lampu Raya Marsiling - kali pertama dalam 40 tahun

Habuan, makanan Ramadan bagi 450 keluarga susah di Marsiling
Apr 26, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 450 keluarga memerlukan yang tinggal di Marsiling menerima habuan wang tunai dan barang keperluan serta pek makanan Ramadan di Pasar Marsiling semalam, yang turut menyaksikan penyalaan lampu Hari Raya di kejiranan itu buat kali pertama dalam 40 tahun.



Sekitar 50 relawan menyumbangkan masa dan tenaga untuk mengagihkan habuan tersebut di empat lokasi di sekitar Marsiling.



Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, yang juga penasihat pertubuhan akar umbi GRC Marsiling-Yew Tee, berkata:



"Biarpun dalam keadaan mencabar semasa pandemik ini, ini merupakan masa yang amat penting bagi masyarakat kita berganding bahu dan menawarkan bantuan kepada keluarga rentan dan kurang bernasib baik."



Acara pengagihan habuan dan penyalaan lampu Hari Raya di Marsiling itu sebahagian daripada inisiatif Ramadan anjuran pertubuhan akar umbi kejiranan itu serta Persatuan Peniaga dan Penjaja Marsiling.



Salah seorang penerima habuan itu ialah Cik Masiah Ramad, penduduk Blok 102, Woodlands Street 13, yang berkata beliau sangat menghargai usaha masyarakat Marsiling dalam berkongsi makanan kepadanya.



"Saya juga boleh menggunakan habuan ini untuk membeli daging dan bahan makanan lain untuk menyediakan jamuan Hari Raya bagi keluarga saya pada hari pertama Aidilfitri," kata beliau, 54 tahun.



Malah Cik Masiah, bersama penduduk lain Marsiling, juga dapat melihat penyalaan lampu Hari Raya di kejiranan itu dan "tidak perlu berjalan jauh ke Geylang Serai untuk melihatnya".



Penyalaan lampu itu diadakan di Pasar Marsiling di Marsiling Lane dan berlangsung setiap hari dari 7 malam hingga 7 pagi, dari semalam hingga 30 Mei.



Naib pengerusi Persatuan Peniaga dan Penjaja Marsiling, Encik Ricky Lim Kwee Kim, berkata kawasan di Pasar Marsiling, yang terleatak di 20 Marsiling, amat popular dalam kalangan penduduk Muslim, yang telah membina persahabatan erat bersama para peniaga di situ.



"Kami ingin menawarkan suasana perayaan Hari Raya agar orang ramai di sini dapat menikmatinya sedang mereka melakukan kegiatan harian masing-masing, seperti membeli-belah dan sebagainya," kata Encik Lim lagi.



Encik Zaqy berkata beliau berbesar hati akan usaha masyarakat Marsiling menyalakan semangat perayaan di kejiranan itu.



"Sikap saling prihatin dan baik hati terhadap satu sama lain menyemarakkan lagi semangat perayaan dan semangat perkampungan masyarakat Marsiling ini menjelang Hari Raya," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >