Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyalaan lampu Tahun Baru Cina diteruskan, disesuaikan

Jan 21, 2021 | 05:30 AM



SAMBUTAN Tahun Baru Cina akan bermula pada Sabtu ini di Chinatown, dengan penyalaan lampu-lampu tanglung hiasan di kawasan itu.



Kemeriahan menyambut perayaan itu dijangka akan berkurangan disebabkan keadaan Covid-19, dengan acara bazar juga telah dibatalkan.



Namun, acara penyalaan akan diteruskan. Jalan raya di Eu Tong Sen Street dan New Bridge Road itu akan dihiasi 88 lampu tanglung yang bertemakan lembu, untuk menyambut ketibaan tahun lembu.



Lampu-lampu itu merupakan antara 888 lampu tanglung yang akan memeriahkan kawasan itu, kata Jawatankuasa Perundingan Rakyat Kreta Ayer-Kim Seng kelmarin.



Penyalaan lampu-lampu tanglung sepanjang 880 meter juga akan memaparkan tanglung berbentuk buah limau bali, pokok bunga blossom dan jongkong emas.



Perhiasan tersebut adalah bertepatan dengan tema tahun ini, iaitu "Menyambut Kesihatan, Kemakmuran dan Kebahagiaan".



Perhiasaan utama di kawasan itu merupakan sebuah patung lembu emas berukuran 10 meter dikelilingi duit syiling dan jongkong emas dan diletakkan bersampingan sebuah roda air di tepi sungai, untuk menggambarkan peraliran kekayaan.



Encik Vincent Tan, yang mengetuai jawatankuasa penganjur penyalaan lampu, berkata bajet untuk acara itu tetap sama seperti tahun-tahun sebelumnya.



"Walaupun acara seperti bazar Festive Street dan pesta 'countdown' harus dibatalkan untuk mengurangkan jumlah orang ramai, pengunjung masih boleh menikmati suasana meriah perhiasan lampu di Chinatown bersama keluarga," kata Encik Tan.



Ini merupakan kali pertama bazar tidak akan diadakan sejak acara ini bermula pada tahun 1989, di mana orang ramai akan membeli-belah untuk persiapan perayaan itu, lapor akhbar The Straits Times.



Jawatankuasa tersebut turut mengingatkan orang ramai supaya mematuhi langkah-langkah pengurusan keselamatan seperti menggunakan pelitup muka pada setiap masa dan menjaga jarak satu meter antara satu sama lain.



Orang ramai juga boleh menyaksikan upacara penyalaan lampu itu dari rumah mereka, di mana ia akan disiarkan secara 'livestream' melalui Laman Facebook Chinatown Festival pada hari Sabtu jam 8 malam.



Lampu-lampu tanglung yang dipasang di kawasan itu direka dengan kerjasama 12 pelajar daripada Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura (SUTD), dan ini merupakan kali ke-10 pelajar-pelajar SUTD bekerjasama untuk mereka hiasan lampu sambutan Tahun Baru Cina di kawasan itu.



Selain acara penyalaan lampu, mereka yang menyambut Tahun Baru Cina juga boleh menonton filem-filem pendek mengenai hidangan istimewa Tahun Baru Cina.



Filem-filem itu akan disiarkan di laman Facebook Chinatown Festival pada bulan ini dan bulan hadapan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >