Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyanyi La-A-Obe Kassim Selamat meninggal dunia

May 26, 2019 | 06:56 PM



PENYANYI tahun 1960-an Kassim Selamat,  yang terkenal dengan lagu La-A-Obe meninggal dunia semalam.

Beliau berusia 84 tahun.

Allahyarham Kassim, yang nama sebenarnya ialah Kassim Rahmat, menghembus nafas terakhir pada 3.30 petang, menurut pos Facebook  Wadah Seni Entertainment.

Beliau,  yang menganggotai kugiran The Swallows,  dianggap antara artis perintis era Pop Yeh Yeh tahun 1960-an.

Selain lagu La Obe’, beliau juga terkenal dengan lagu Bawean lain seperti  NgaLompak A-Go-Go,  Sekelang Pake Kancana dan La Ngomber.





Dalam satu laporan akhbar ini pada 2014, isterinya, Cik Marwiyah Hadar berkata Allahyarham telah mula menunjukkan tanda-tanda mengalami dimensia.

Allahyarham Kassim pernah menerima anugerah daripada Persatuan Bawean Singapura (PBS) kerana sumbangannya kepada masyarakat Bawean di Singapura.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >