Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ADUAN TERHADAP KONTRAKTOR UBAH ELOK RUMAH

Penyedia khidmat saran pengguna terus waspada terhadap tawaran pakej

Jul 30, 2022 | 05:30 AM



PEMILIK rumah yang ingin mendapatkan khidmat ubah elok, meskipun dengan berjimat, sebaik mungkin harus mendapatkan khidmat daripada kontraktor yang diyakini.



Sebaik mungkin, pelanggan harus berwaspada dan prihatin terhadap tawaran pakej ubah elok yang harganya terlampau murah diiklankan dalam talian.



Demikian adalah antara keprihatinan yang disuarakan penyedia khidmat ubah elok di sini selepas Persatuan Pengguna Singapura (Case) mendedahkan kelmarin aduan yang diterima terhadap kontraktor ubah elok naik 28 peratus separuh pertama 2022 berbanding tempoh yang sama tahu lalu.



Case berkata terdapat 807 aduan terhadap syarikat ubah elok di sini dan dua pertiga daripada aduan itu berkait kegagalan kontraktor menghabiskan projek pada tarikh yang ditetapkan serta hasil kerja kurang memadai.



Menyusuli itu, Case berkata ia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memperketat undang-undang bagi melindungi pengguna di Singapura.



Encik Khai Ruzzaimy, pemilik dan pengarah Medina Design & Interiors, berkata isu ini mempunyai dua sisi dan satu isu yang dihadapi kontraktor sejak kian lamanya.



Pertama ialah terdapat banyak syarikat yang merebut peluang pasaran ubah elok ini dengan menawarkan harga murah dan kedua, ramai pelanggan kini lebih tertarik mendapatkan khidmat daripada syarikat kecil, pereka hias dalaman yang bekerja dengan bebas, bahkan tidak mempunyai pendaftaran dengan pihak berkuasa secara rasmi.



"Industri ubah elok ini memang menarik dan dipenuhi ramai pemain yang baru mahupun yang lama, dengan pelbagai pilihan perkhidmatan ditawar.



"Namun, jikalau mendapatkan khidmat oleh kontraktor yang tidak begitu berpengalaman, mereka mungkin tidak berupaya menyelesaikan projek jika menghadapi permintaan tinggi," kata Encik Khai, mengkaitkannya sebagai salah satu punca peningkatan aduan itu.



Beliau mengalu-alukan usaha pihak berkuasa menawarkan perlindungan kepada pengguna.



Namun, perlindungan itu turut diharapkan dapat ditawar kepada para kontraktor juga.



Antara lain, Case menasihatkan pelanggan mendapatkan khidmat daripada syarikat yang mempunyai akreditasi CaseTrust, atau skim bersama CaseTrust-RCMA (Persatuan Bahan dan Kontraktor Renovasi Singapura) yang, antara lain, melindungi wang pendahuluan pelanggan sekiranya syarikat itu tutup kedai semasa projek dijalankan.



Encik Khai menjelaskan syarikatnya tidak diakreditasi CaseTrust, tetapi mempunyai akreditasi swasta Program Qanvast Trust yang, antara lain, menawarkan perlindungan wang pendahuluan sehingga $50,000.



Mempunyai jaminan seperti ini penting kerana pihak kontraktor juga terdedah kepada isu gangguan rantaian bekalan yang kerap berlaku baru-baru ini akibat pandemik, lantas menjadi punca kelewatan dalam menyelesaikan projek atau kenaikan kos yang boleh membuat sebuah kontraktor gagalkan projek.



"Jadi semuanya berbalik kepada rundingan bersama pelanggan dan bagaimana kami dapat sama-sama menyelesaikan hambatan seperti itu."



Encik Haimi Fadli, pengarah pembangunan dan perniagaan daripada syarikat 3Bai3 Creative Works turut bersependapat.



Namun, pelanggan harus sudi mengeluarkan wang yang lebih kerana dengan usaha bagi memperketat perlindungan itu, ia juga bermakna ada kontaktor perlu membayar untuk mendaftar dan menjalani audit oleh pihak berkuasa.



"Jika anda lihat, akibat pandemik, harga tenaga manusia dan bahan pembinaan juga telah naik," tambahnya.



"Yang terbaik adalah kami bersikap jujur dan jelas dalam menguruskan jangkaan pelanggan."



Salah seorang pemilik rumah Encik Adi Saiful Bakhtiar, 29 tahun, yang menempah khidmat daripada kontraktor menerusi kumpulan Budget Reno di Facebook pula berkata:



"Saya tahu sekarang ramai orang mendapat khidmat ubah elok dari kontraktor langsung, dan terus terang perkara ini semua mengikut nasib sendiri.



"Mujur rumah saya siap, tetapi terdapat satu hambatan di mana kabinet dapur tertangguh seminggu apabila saya tidak menempah khidmat menyediakan paip gas terdahulu.



"Jadi pelanggan harus prihatin kalau mendapat khidmat daripada kontraktor seperti itu," jelas jurutera itu.



Memberi respons kepada Berita Harian (BH), Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) berkata kenaikan jumlah aduan terhadap kontraktor itu menjejas secara tidak adil perniagaan yang mempunyai sejarah baik dan telah membina keyakinan dengan pelanggan.



"Industri ubah elok telah menyaksikan lebih ramai pemain baru sejak beberapa tahun ini lantas membuat pasaran itu semakin sesak," kata Encik Syahiran Rohajat, salah seorang Pengarah Lembaga dan wakil kelompok sektor binaan DPPMS.



"Syarikat tersebut mungkin tidak begitu berpengalaman atau kurang mempunyai akses kepada sumber dan dengan itu menjadi satu hambatan menguruskan perniagaan mereka," jelasnya, sambil menambah terdapat tujuh syarikat perhiasan dalaman yang mempunyai pendaftaran dalam DPPMS.



Encik Syahiran berkata DPPMS menggalak ahli mendapatkan akreditasi sebaik mungkin.



"Pelanggan juga harus maklum (untuk menempah khidmat), semua firma ubah elok dan kontraktor harus menpunyai lesen HDB dan BCA yang sah.



"Dewan menasihatkan agar semua urusan oleh semua pihak dicatatkan dan semua kontrak atau persetujuan diperiksa secara teliti sebelum dimeterai."




"Jika anda lihat, akibat pandemik, harga tenaga manusia dan bahan pembinaan juga telah naik.

Yang terbaik adalah kami bersikap jujur dan jelas dalam menguruskan jangkaan pelanggan."

- Encik Haimi Fadli, pengarah pembangunan dan perniagaan di syarikat 3Bai3 Creative Works.



"Pelanggan juga harus maklum (untuk menempah khidmat), semua firma ubah elok dan kontraktor harus menpunyai lesen HDB dan BCA yang sah.

Dewan menasihatkan agar semua urusan oleh semua pihak dicatatkan dan semua kontrak atau persetujuan diperiksa secara teliti sebelum dimeterai."

- Encik Syahiran Rohajat, salah seorang Pengarah Lembaga dan wakil kelompok sektor binaan DPPMS.




PANDUAN MENEMPAH KHIDMAT UBAH ELOK



  • Dapatkan kos perkhidmatan ubah elok daripada lebih dari satu kontraktor atau pereka hias dalaman.

  1. Ini adalah untuk membuat perbandingan harga dan khidmat yang disediakan dalam pakej ubah elok agar sesuai kepada keperluan dan bajet.

  • Harga bukan segalanya. Pelanggan perlu baca reviu oleh pelanggan lain untuk memastikan kontraktor pilihan anda mempunyai sejarah baik dalam menyampaikan tugas mereka.

  • Pantau dengan teliti semua syarat kontrak dalam pakej.

  1. Ini termasuk butiran 'kecil' seperti had saiz kaki persegi rumah, had saiz jubin, berapa banyak laci dan almari disediakan, dan jenis perkakas atau peralatan yang disediakan kontraktor, antara lain.

  • Urus jangkaan dan harapan sendiri, termasuk membuat persetujuan bagi tarikh siap yang adil bagi pelanggan dan kontraktor.

  • Kekalkan hubungan dengan kontraktor dan jika hadapi masalah, berunding antara satu sama lain.

  • Pantau perkembangan projek pada setiap tahap dengan mengunjung ke rumah untuk melakukan pemeriksaan dengan teliti, selain bergantung kepada gambar yang dihantar pihak kontraktor sahaja agar semua yang disediakan mengikut permintaaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >