Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyelam komersial maut selepas kemalangan di perairan Pulau Sebarok

Jun 24, 2018 | 03:28 PM



SEORANG penyelam berusia 27 tahun meninggal dunia ketika bekerja di perairan Pulau Sebarok pada petang Sabtu (23 Jun).



Encik Muhammad Firdaus Jasni dipercayai sedang bekerja dalam kumpulan  tujuh penyelam komersial yang menggunakan pemotong obor untuk memotong kepingan cerucuk dalam   air.



Kepingan cerucuk  biasanya ialah palang  keluli yang ditanam ke dalam   tanah untuk memberikan sokongan pembendungan dan penggalian bumi. Pulau Sebarok  sebuah kemudahan simpanan minyak dan pelabuhan mengisi minyak di salah satu pulau di selatan Singapura.



Seorang penyelam pelaut komersial yang enggan dinamakan memberitahu akhbar  The Straits Times Allahyarham  menyedari  salah satu kepingan cerucuk itu sedang tumbang dan beliau    menolak seorang penyelam lain jauh dari kepingan ceruruk tersebut.



Tetapi Allahyarham dihempap kepingan ceruruk yang tumbang itu.

 

Polis memberitahu akhbar itu  mereka menerima panggilan bagi  bantuan pada 5.13 petang.



Allahyarham   tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH), dan    meninggal akibat kecederaannya.



Polis    sedang menyiasat kematian beliau.

   

Allahyarham  dipercayai  mula bekerja bersama  firma kontraktor menyelam   awal tahun ini.



Pada  Ahad, rakan-rakan memberi penghormatan kepada beliau   di Facebook.



Seorang  menulis bahawa Allahyarham    berkongsi betapa beliau  teruja  berpeluang “menyelam sebagai pekerjaan”   dan  beliau “tak berhenti   bercakap mengenainya”.



Pada 5 Mei, seorang penyelam komersial bebas, Encik  Jake Seet, hilang semasa    menjalankan operasi dalam  laut bagi  sebuah kapal berhampiran Sentosa.



Mayat beliau  dijumpai pada 7 Mei.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >