Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23

Penyelam komersial yang meninggal dunia selepas kemalangan semasa bekerja selamat dikebumikan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Penyelam komersial yang meninggal dunia selepas kemalangan semasa bekerja selamat dikebumikan

Jun 25, 2018 | 12:14 PM

PENYELAM komersial berusia 27 tahun yang meninggal dunia semasa bertugas di perairan dekat Pulau Sebarok kelmarin (23 Jun) telah selamat dikebumikan semalam.

Allahyarham Mohammad Firdaus Jasni yang merupakan anak sulung daripada keluarga enam beradik dipercayai bersama tujuh penyelam komersial lain yang sedang bertugas di bawah laut.

Akhbar The Straits Times melaporkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sebagai berkata Allahyarham dan seorang lagi penyelam sedang memasang pendakap pada cerucuk konkrit di bawah laut apabila satu lagi cerucuk konkrit melanggarnya.

Difahamkan, Allahyarham juga telah menolak seorang rakan kerjanya apabila cerucuk konkrit itu jatuh namun ia terkena dirinya pula.

Polis menerima panggilan meminta bantuan pada 5.13 petang kelmarin dan sedang menyiasat kejadian itu.

Seramai 200 anggota keluarga dan teman Allahyarham hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau di flat keluarganya di Jurong West semalam.

Meskipun tidak dapat menahan sebak, ibu Allahyarham, Cik Shakina Mohamed, 48 tahun, tetap berbangga dengan perbuatan terakhir anaknya itu.

“Beliau mempunyai hati yang besar. Saya tidak dapat berkata apa-apa dengan pemergiannya yang tiba-tiba ini tapi saya tahu beliau akan melakukan apa saja untuk membantu orang lain,” kata Cik Shakina, seorang pegawai awam.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3