Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Empangan runtuh di Laos

Penyelamat lumba dengan masa cari mangsa, S'pura sedia hulur bantuan

Jul 25, 2018 | 11:05 AM



 



 



PENYELAMAT sedang berlumba dengan masa untuk mencari mangsa yang terselamat selepas empangan di Laos runtuh pada Isnin (23 Julai) menyebabkan banjir di beberapa kampung dan membunuh sekurang-kurangnya 20 orang.



Sekurang-kurangnya 100 orang masih hilang, dan ribuan lagi kehilangan rumah-rumah mereka.



Pihak berkuasa di wilayah Attapeu sedang menggunakan helikopter dan bot untuk menyelamatkan orang kampung yang terkandas.



Empangan yang runtuh sebahagian projek kuasa hidroelektrik Xe-Pian Xe-Namnoy yang melibatkan syarikat dari Laos, Thailand dan Korea Selatan.



Pihak berkuasa wilayah itu merayu kepada badan pemerintah  dan pertubuhan lain supaya memberi mereka bantuan kecemasan seperti pakaian, makanan, air minuman dan perubatan.



Bercakap tentang insiden itu di Facebook semalam (24 Julai), Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata beliau amat berdukacita mendapat tahu tentang bencada itu.



Singapura, kata Encik Lee, telah menghubungi pihak berkuasa di Laos untuk menghulur bantuan.



“Kami telah menghubungi pihak Laos untuk menghulurkan bantuan dan memberitahu mereka Singapura bersedia membantu dalam apa cara yang termampu,” kata Encik Lee.



Video adegan bencana yang dikongsi di media sosial menunjukkan mangsa terperangkap di bumbung rumah yang ditenggelami air, atau keluarga, termasuk kanak-kanak, berjalan mengharungi air, membawa barangan mereka,



Seorang perempuan, dalam video yang diterbitkan oleh wadah berita ABC Laos di Facebook, menangis dan berdoa semasa beliau diselamatkan dengan bot. Beliau berkata ibunya masih terjerat dalam pokok.



Empangan yang runtuh ialah empangan sampingan yang digelar “Saddle Dam D’. ia sebahagian rangkaian dua empangan utama dan lima empangan sampingan



Ia dikatakan telah 90 peratus lengkap dan dijadual memulakan operasi secara komersial tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >