Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyelia bengkel dijel terima rasuah, seludup ubat pelali untuk banduan

Jan 13, 2023 | 05:30 AM



SEORANG penyelia bengkel yang menerima rasuah oleh banduan untuk menyeludup ubat bagi merawat insomnia ke dalam Penjara Changi dijatuhkan hukuman jel empat minggu semalam.



Calvin Ang Wei Sheng, 40 tahun, juga diarah untuk membayar penalti berjumlah $1,200, lapor The Straits Times (ST).



Dia mengaku bersalah ke atas dua tuduhan di bawah Akta Pencegahan Rasuah. Tiga lagi tuduhan turut ditimbangkan dalam hukuman.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Encik Jaime Pang berkata Ang merupakan seorang penyelia bengkel di New Hope Food Industries, sebuah kemudahan membuat roti terletak di Penjara Changi, di mana banduan diajar membuat pastri.



Disebabkan peranannya itu, Ang diberi akses ke premis Penjara Changi dan perlu mematuhi pemeriksaan ketat kerana pengunjung tidak dibenarkan membawa masuk barangan haram atau kontraban hanya kecuali ia telah diluluskan oleh pihak berkuasa terdahulu.



Ang menjadi teman kepada seorang pesalah bernama Ismail Musun Mollah, 57 tahun, setelah bekerja rapat bersamanya.



Dalam satu kejadian pada Ogos atau September 2021, Ismail telah meminta Ang menyeludup sebanyak 100 pil Epam ke dalam penjara baginya.



Epam merupakan ubat yang sering digunakan untuk merawat insomnia. Ia dianggap sebagai barang haram oleh pihak penjara kerana tidak dilulus oleh pasukan perubatan penjara, kata DPP Pang.



Ang menerima tawaran Ismail sebanyak $200 untuk membeli pil itu yang berharga $50, dan kemudian menyimpan baki $150 buat dirinya sendiri.



Dia kemudian menyeludup 100 pil Epam ke dalam penjara dan memberikannya kepada Ismail.



"Ang berbuat demikian meskipun dia tahu bahawa pil Epam itu adalah kontraban, dan dia tidak dapat kelulusan untuk membawa masuk pil Epam itu ke dalam Penjara Changi bagi Ismail," kata DPP Pang.



Pada 5 September 2021, abang Ismail membayar Ang menerusi platform dalam talian PayNow.



Berita mengenai kejayaan Ang menyeludup pil itu kemudian disebar kepada banduan lain, dan sebahagian daripada mereka telah mendekatinya untuk melakukan perkara yang sama.



Ang menerima rasuah sejumlah $1,200 oleh empat banduan dalam lima kejadian sepanjang tempoh beberapa bulan, kata DPP Pang.



Kesalahannya terbongkar apabila kegiatan penyeludupan itu dikesan oleh pihak penjara.



Dengan menimbangkan kesalahan Ang telah menjejaskan keselamatan Penjara Changi, DPP Pang berkata: "Dia telah menyalahgunakan akses unik dan kepercayaan yang telah diberikan kepadanya atas kedudukannya (sebagai penyelia bengkel). Ini adalah kesalahan besar yang menjejas integriti Penjara Changi dan berupaya menangkis keyakinan umum terhadap penyelenggaraan dan keselamatan banduan Penjara Changi."



Ketika berunding, Ang berkata: "Saya harap anda akan memberi saya peluang untuk berubah. Saya minta maaf atas apa yang saya telah lakukan dan saya rasa menyesal terhadapnya. Saya telah belajar daripada kesalahan saya."



Sebelum menjatuhkan hukuman, seorang Hakim Mahkamah Daerah, Cik Janet Wong, memaklumkan bahawa jumlah rasuah diterima si tertuduh tidak begitu ketara.



Beliau berkata Ang bukan individu yang memulakan subahat itu, namun mempunyai "hubungan erat yang tidak elok" bersama banduan yang terlibat.



"Secara ironi, sebagai seorang jurulatih di bengkel itu, dia sepatutnya melatih pesalah secara positif. Namun dia telah mengajar perkara yang membuat mereka sesat," kata Hakim Wang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >