Penyelia dan juga jurugaya
May 08, 2019 | 05:30 AM
SEJAK zaman remaja lagi, Cik Masturah Khalid sudah terpesona dengan dunia fesyen.
Semuanya bermula daripada pengaruh drama Hollywood Gossip Girl yang mengisahkan tentang kehidupan sekumpulan anak remaja daripada keluarga berada dan juga minat beliau mengikuti trend terkini menerusi majalah fesyen.