Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyenggaraan berterusan MRT: Khidmat di EWL, NSL, akhir lebih awal, mula lebih lewat Ogos-Sept

Jul 18, 2018 | 02:28 PM



 





KHIDMAT kereta api di Laluan Timur-Barat (EWL) dan Laluan Utara-Selatan (NSL) akan berakhir lebih awal pada Jumaat dan Sabtu tertentu, sepanjang Ogos dan September 2018, untuk membolehkan kerja-kerja pembaharuan dan penyenggaraan landasan.



Khidmat keretapi pada hari-hari itu akan berakhir sekitar 11 malam dan dimulakan semula sekitar 8 pagi pada hari berikutnya, kata SMRT dalam kenyataannya pada 18 Julai.



Perubahan itu menjejas tujuh stesen di EWL - Dover, Clementi, Jurong East, Chinese Garden, Lakeside, Boon Lay dan Pioneer; dan lagi dua stesen di NSL - Bukit Gombak dan Bukit Batok. Kereta api di NSL juga melalui stesen Jurong East.



Khidmat kereta api akan berakhir lebih awal di stesen-stesen berikut pada 3-4,24-25 dan 31 Ogos, serta 1,7-8,21-22,28-29 September.



Justeru, khidmat kereta api akan bermula lewat pada 4-5 dan 25-26 Ogos, serta pada 1-2, 8-9, 22-23 dan 29-30 September.



Semasa penutupan awal ini, menurut SMRT, khidmat keretapi dua hala akan dialihkan ke landasan tunggal di EWL, antara stesen kereta api Queenstown, Commonwealth dengan Buona Vista.



“Perubahan ini membenarkan khidmat keretapi diteruskan antara ketetiga stesen ini, dan membenarkan proses mengubah haluan kereta api bagi khidmat di baki landasan EWL,” kat SMRT.



Penumpang boleh menjangka masa menunggu sehingga 12 minit untuk kereta api ulang-alik antara Queenstown dengan Buona Vista dalam tempoh ini.



Khidmat kereta api dari stesen MRT Choa Chu Kang ke Marina South Pier, dan dari stesen MRT Joo Koon ke Tuas Linktidak terjejas.



Menurut SMRT, sejak Disember 2017, ia telah mengambil tindakan serupa di sektor Barat EWL dan NSL untuk membenarkan usaha pengujian teliti sistem pengisyaratan Pengawal Kereta Api Berdasarkan Perhubungan (CBTC).



Sistem ini telah digunakan semasa khidmat penumpan harian di EWL sejak 28 Mei, kata SMRT.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >