SERANGAN TERHADAP TIGA PELAJAR MADRASAH
Penyerang dijatuhi hukuman penjara enam bulan
May 21, 2016 | 05:30 AM
SEORANG pegawai keselamatan yang menyerang tiga pelajar madrasah bulan lalu dijatuhi hukuman penjara enam bulan semalam.
Koh Weng Onn, 48 tahun, didapati bersalah menendang pangkal paha seorang pelajar berusia 16 tahun di Paya Lebar Road pada 7.22 pagi pada 1 April lalu.