Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyertaan CareShield Hayat: Warga S'pura, Penduduk Tetap yang layak dan lahir pada 1979 atau lebih awal boleh sertai skim mulai 6 Nov

Oct 14, 2021 | 05:58 PM



MULAI 6 November, warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) yang layak dan dilahirkan pada 1979 atau lebih awal dari itu boleh menyertai skim insuran jagaan jangka panjang, CareShield Hayat.



Skim ini menyediakan perlindungan kewangan bagi kondisi ketidakupayaan yang kronik.



Pemegang dasar ElderShield 400 yang dilahirkan antara 1970 dengan 1979 akan secara automatik disertakan dalam skim ini dan tidak perlu bermohon, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan pada Khamis (14 Oktober)



Individu lain pula perlu mendaftarkan diri menerusi laman CareShield Hayat.



CareShield Hayat yang menawarkan ganjaran lebih baik dan pada tempoh lebih panjang daripada ElderShield yang wujud sejak 2002 adalah wajib bagi semua warga Singapura yang dilahirkan pada 1980 dan tempoh selepas itu.



Kohort ini secara automatik dilindungi di bawah skim ini dari 1 Oktober 2020 atau apabila mereka berusia 30 tahun.



Lebih 740,000 pemegang dasar kini adalah antara kohort wajib dalam skim ini.



Dengan satu dalam dua warga Singapura berusia 65 tahun dijangka mengalami ketidakupayaan yang serius dalam jangka hayatnya, pemerintah pada 2018 telah menerima usulan Jawatankuasa Semakan ElderShield agar memperkenalkan CareShield Hayat.



Pada jangka masa mendatang, semua warga Singapura dan PR yang dilahirkan pada 1979 atau lebih awal dari itu boleh memilih bagi menyertai skim ini jika mereka tidak berada dalam keadaan tidak upaya pada tahap yang serius, jelas MOH.



Bagi memudahkan proses menyertai CareShield Hayat, mereka yang dilahirkan antara 1970 dengan 1979 yang mempunyai insuran di bawah ElderShield 400 dan bukan berada dalam keadaan tidak upaya secara serius, akan disertakan secara automatik ke dalam skim CareShield Hayat ini mulai 1 Disember.



Mereka akan menerima pakej undangan dengan lebih banyak keterangan mengenai liputan insuran dan premium mengikut keperluan peribadi.



Golongan yang tidak berada dalam kumpulan penyertaan automatik iaitu semua warga dan PR yang dilahirkan pada 1979 atau lebih awal dari itu yang tidak berada dalam keadaan tidak upaya boleh mendaftar bagi skim ini di laman careshieldlife.gov.sg



MOH berkata proses penyertaan automatik ini tidak dilanjutkan kepada mereka kerana mereka terdiri daripada pemegang dasar ElderShield 300, individu yang tidak mendaftarkan nama mereka dalam skim insuran dan individu lebih berusia yang berdepan dengan premium tahunan lebih tinggi berbanding kumpulan yang disertakan secara automatik.



"Mereka justeru itu perlu mempertimbangkan kos dan manfaatnya serta membuat keputusan bagi memilih untuk menyertai skim CareShield Hayat ini," katanya sambil menambah mereka boleh memeriksa premium yang ditentukan mengikut keperluan individu pada laman web yang disediakan sebelum mengirim permohonan untuk ikut serta.



Pemegang dasar ElderShield yang ada kini akan terus menerima perlindungan insuran di bawah ElderShield, jika mereka memilih untuk tidak mempertingkatkan skim mereka dari ElderShield kepada CareShield Hayat.



Bagi menggalakkan individu agar menyertai CareShield Hayat, pemerintah akan menyediakan insentif penyertaan sehingga $2,500 buat semua warga Singapura yang dilahirkan pada 1979 atau lebih awal daripada itu bagi menyertai CareShield Hayat menjelang 31 Disember 2023.



Insentif tambahan sebanyak $1,500 pula disediakan buat warga generasi Merdeka dan Perintis yang menyertai skim ini menjelang tarikh yang tertera itu.



Mulai 1 November, pemerintah akan mengambil-alih pentadbiran skim ElderShield daripada penyedia khidmat insuran swasta.



Tiada perubahan bagi liputan ElderShield, kriteria kelayakan tuntutan atau kuantum bayaran bulanan buat pemegang dasar ini.



Mulai 1 November, pemeang dasar ElderShield boleh mengirim permohonan atau pertanyaan mengenai ElderShield dengan menulis kepada  laman careshieldlife.gov.sg/writetous atau menghubungi talian 'hotline' 1800-222-3399 /+65 6222 3399 (luar negara) mulai Isnin hingga Jumaat, 8 pagi hingga 5.30 petang.



Mereka boleh mengirim tuntutan bagi ElderShield menerusi khidmat elektronik bagi Skim Kewangan di gerbang Agensi Jagaan Bersepadu (AIC) yang beralamat https://efinance.aic.sg atau hubungi AIC di talian 1800 650 6060 / +65 6650 6060 (luar negara).



Mulai sekarang hingga 31 Oktober, pemegang dasar ElderShield harus terus bertemu dengan penyedia khidmat insuran masing-masing bagi perihal ElderShield.



Keterangan mengenai cara menghubungi penyedia khidmat ini boleh diperolehi di laman https://careshieldlife.gov.sg/eldershield/insurer




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >