BAZAR semasa Ramadan ini adalah peluang keemasan kepada masyarakat Melayu/Islam menyerlahkan sifat inklusif sambil berkongsi sambutan tersebut dengan masyarakat berbilang kaum.
Lantaran itu walaupun beliau memahami keinginan sesetengah masyarakat Melayu/Islam supaya semua gerai makanan di bazar Geylang Serai mempunyai sijil halal atau dimiliki peniaga Muslim semasa bulan Ramadan ini, Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Profesor Madya Dr Fatimah Lateef, berharap masyarakat dapat melihat gambaran yang lebih luas.