Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyewa bazar Downtown East ‘tutup gerai’

Apr 13, 2022 | 09:31 PM



BEBERAPA pegerai di bazar Ramadan di Downtown East yang tidak dapat meneruskan perniagaan mereka selepas bazar itu digantung oleh Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata penganjur telah memulangkan wang pendahuluan dan baki sewa.



Bazar Fiesta Ramadan itu, yang dijadual berlangsung dari 9 April hingga 24 April di E!Hub Downtown East, di Pasir Ris Close, tidak dibenarkan meneruskan operasi oleh SFA sejak 12 April, kerana ia tidak mempunyai permit sah untuk menjalankan operasi. 



Kontraktor yang dilantik juga tidak mengendahkan amaran yang diberikan kepadanya pada 11 April untuk menghentikan operasi, kata SFA, dalam kenyataannya. 



Seorang pegerai Encik Shiv Sheri, yang memiliki dan mengendalikan  Ministry of Burgers memberitahu Berita Harian (BH)  beliau telah menerima kembali sepenuhnya wang sewa bazar sekitar $2,000. 



Pemilik gerai O’Baraim, Encik Abdul Hakam Ibrahim juga memberitahu BH beliau telah menerima kembali bayaran sewa bagi tempoh 13 hari.



Apabila BH pergi ke kawasan bazar pada 13 April,  beberapa pengendali gerai termasuk kontraktor khemah dilihat telah mula membuka khemah dan membawa pergi barang-barang mereka dari sana. Sampah-sarap bersepah di kawasan itu. 



Difahami, bazar tersebut menawarkan 24 gerai, dengan sekitar separuh gerai disewa sehingga operasinya digantung. 



Dalam kenyataannya, SFA berkata ia mendapati lapan gerai makanan beroperasi di bazar tersebut. 



SFA berkata ia tidak meluluskan permohonan permit oleh Events Business Management untuk mengendalikan bazar itu kerana ia tidak memenuhi syarat SFA, seperti menyediakan maklumat tentang jadual pembersihan dan senarai gerai makanan serta mengesahkan penjual makanan telah menjalani latihan kebersihan makanan dan dibenar mengendalikan barangan makanan.



Events Business Management ialah kontraktor yang dilantik N6y.sg, antaranya untuk mengendalikan dan menghantar pelan lantai kepada SFA.



Dihubungi BH pada lewat 12 April, jurucakap N67.sg, Cik Noorismilda Ismail, berkata pihaknya telah menyerahkan semua dokumen yang diperlukan kepada Events Business Management untuk diserahkan kepada SFA.



"Kami telahpun mendapat kebenaran daripada Enterprise Singapore tiga minggu sebelum operasi. Pelan lantai awal kami juga telah kami serahkan kepada SFA seminggu sebelum operasi dan ia telah diluluskan. Namun pelan lantai terkini yang kami serahkan melalui kontraktor masih belum mendapat kelulusan tetapi kami diberitahu ia sedang dalam proses. Justeru kami meneruskan pembukaan bazar tersebut,” katanya.



BH telah menghubungi Events Business Management dan SFA untuk mendapatkan keterangan lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >