Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyewa bazar Downtown East 'tutup gerai'

Apr 14, 2022 | 05:30 AM



PENYEWA gerai bazar yang diadakan tanpa permit di Downtown East semalam terpaksa membawa pulang peralatan gerai, produk jualan dan menghitung kerugian setelah anjuran bazar itu dihentikan penganjur.



Wakil syarikat N6y.sg yang menganjurkan bazar itu, Cik Noorismilda Ismail, berkata beliau memutuskan menghentikan bazar Ramadan Fiesta 2022 ekoran kegagalan kontraktornya mendapatkan permit.



Pihaknya juga memulangkan wang pendahuluan serta baki sewa kepada penyewa gerai yang terjejas.



Ketika Berita Harian (BH) mengunjungi lokasi bazar itu semalam, pengendali gerai dan kontraktor khemah dan meja kelihatan sedang menyimpan barangan mereka.



Menjawab pertanyaan BH semalam, Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata ia telah meminta syarikat Event Business Management supaya menghentikan acara Ramadan Fiesta 2022 di 1 Pasir Ris Close E!Hub@ Downtown East kerana ia beroperasi tanpa permit.



"Ini bermakna Event Business Management diperlukan menghentikan operasi itu sehingga mereka memenuhi keperluan tertentu seperti mendapatkan permit yang sah."



Syarikat Events Business Management adalah kontraktor yang dilantik N6y.sg untuk mendapatkan permit oleh SFA. Acara bazar Ramadan itu sepatutnya berlangsung hingga 24 April.



Laporan lanjut: Bahan makanan terpaksa disimpan dek bazar ditutup




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >