Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

MERANCAKKAN LAGI KAWASAN GEYLANG SERAI

Penyewa di Tanjong Katong Complex mula buat rancangan pindah

Jalankan perniagaan sehingga tamat tempoh sewa pada 2023
Dec 10, 2021 | 05:30 AM



Dengan pengumuman kerja-kerja pembaharuan di Kompleks Tanjong Katong (TKC) yang dijadual bermula separuh kedua 2023, ramai penyewa telah mula membuat rancangan untuk berpindah ke premis alternatif.



Antaranya ialah peruncit fesyen ikonik, First Lady, yang ada rancangan berpindah ke bangunan bersebelahan, City Plaza.



Bercakap kepada Berita Harian (BH), Ketua Pegawai Eksekutif Second Chance Properties, Encik Salleh Marican, berkata bahawa mereka dijangka berpindah pada Oktober 2022.



"Kami telah melakukan perancangan mahu beralih ke City Plaza apabila tempoh sewa sudah tamat.



"Tetapi dengan tempoh lanjutan sewa selama enam bulan sehingga 30 Jun 2023 diberikan oleh Penguasa Tanah Singapura (SLA) kami mungkin akan lanjutkan lagi tempoh sewa kami.



"Kami mungkin akan pindah pada masa yang lebih lewat, namun ia masih belum diputuskan," kata Encik Salleh.



Mengalu-alukan kerja pembaharuan ini, Encik Salleh berkata ada kebaikan pada pengumuman mengekalkan sebahagian bangunan dan seni binanya yang unik.



Encik Salleh menambah bahawa kerja pembaharuan ini diperlukan bagi meningkatkan jumlah trafik pelanggan serta memperbaiki kepelbagaian perniagaan yang ada di pusat membeli belah TKC.



Sebaik sahaja pengumuman oleh SLA semalam, pemilik Fotohi Carpet Gallery, Encik Reza Fotohi berkata beliau telah mula menerima panggilan daripada pelanggannya mengenai penutupan TKC.



"Kira-kira tiga pelanggan saya terus menelefon saya dan bertanya bagaimana saya akan teruskan perniagaan saya pada masa akan datang.



"Saya pun beritahu mereka kami masih ada 18 bulan lagi untuk teruskan perniagaan di sini sebelum perlu berpindah," jelasnya.



Pada April tahun ini, Encik Reza pernah memaklumkan bahawa beliau sudah bersedia memindahkan perniagaannya ke dua tempat berlainan - di gudangnya, serta satu lagi kedai di Changi Road yang akan diubah untuk menjadi bilik pameran permaidaninya.



Dihubungi BH semalam, Encik Reza melahirkan rasa syukur diberi peluang melanjutkan tempoh sewanya selama enam bulan.



"Ia bukan hanya memberi kami peluang menikmati penjualan tambahan semasa Ramadan pada 2023, tetapi ia juga memberi kami peluang memasarkan kepada pelanggan lokasi perniagaan baru kami di masa akan datang.



"Buat masa ini, saya akan terus menjemput pelanggan-pelanggan supaya mengunjungi kedai kami di TKC," ujarnya.



Mengenai masa depan ruang anjuran majlis walimah - Orange Ballroom dan The Istana Ballroom - pula, Encik Osman Arrifin, perunding bagi Istana & Orange Ballroom, berkata pasukannya sudah lama memantau tempat lain untuk teruskan khidmat yang mereka tawarkan.



Malah, Encik Osman menjelaskan, oleh kerana jenama Orange yang terkenal di kawasan itu, mereka telah menerima banyak undangan menyewa di pelbagai tempat seperti pusat membeli belah dan juga ruang acara.



"Kami sebenarnya sedang menunggu kepastian berita bahawa SLA akan melakukan kerja pembaharuan di sini sebelum mengambil langkah beralih ke tempat lain.



"Jadi memandangkan terdapat maklumat baru ini, kami akan mula menghubungi tempat-tempat yang kami ditawarkan dan menyemak semula tawaran menjelang tahun hadapan sebagai persiapan," katanya.



Kedua-dua ruang tersebut milik ketua pegawai eksekutif Orange Events and Media, Encik Syah Ibrahim.



"Kami hanya berharap orang ramai dapat terus menyokong kami apabila kami berpindah pada 2023," kata Encik Osman.




 "Ia bukan hanya memberi kami peluang menikmati penjualan tambahan semasa Ramadan pada 2023, tetapi ia juga memberi kami peluang memasarkan kepada pelanggan lokasi perniagaan baru kami di masa akan datang."
- Pemilik Fotohi Carpet Gallery, Encik Reza Fotohi.




KERJA PEMBAHARUAN KOMPLEKS TANJONG KATONG



Penguasa Tanah Singapura (SLA) akan mengekalkan beberapa ciri ikonik Kompleks Tanjong Katong (TKC):



  • Tiang miring yang menjadi antara ciri unik TKC di bahagian luar bangunan menghadap Tanjong Katong Road akan dikekalkan.

  • Laluan masuk baru akan dibina di bahagian utara TKC bagi memudahkan pengunjung yang datang dari Stesen MRT Paya Lebar atau Sims Avenue. Ia akan menghubungkan pintu masuk kawasan selatan TKC bagi pengunjung yang datang dari Geylang Road.

  • Perubahan fizikal kepada bangunan itu boleh dinantikan pengunjung selepas kerja-kerja naik taraf TKC selesai.

  • Ruang tambahan akan dibina di dalam bangunan itu, yang akan menawarkan lebih banyak ruang terbuka untuk kegiatan masyarakat.

  • Kerja-kerja naik taraf TKC dijangka bermula separuh kedua 2023.

Penyewa di TKC:



  • Tempoh sewa dilanjutkan selama enam bulan sehingga 30 Jun 2023. Ini agar mereka boleh memanfaatkan penjualan Hari Raya pada April 2023.

  • Notis awal satu setengah tahun ini juga akan memberi mereka masa untuk membuat rancangan peralihan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >