Subuh
5:31
Syuruk
6:55
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:58
Isyak
8:12
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Penyewa Tanjong Katong Complex masih belum temui ruang alternatif teruskan niaga

Pusat beli-belah itu akan ditutup bagi kerja naik taraf pada separuh kedua 2023
Oct 12, 2022 | 05:30 AM



BEBERAPA penyewa Tanjong Katong Complex (TKC) masih belum menemui ruang runcit alternatif untuk meneruskan perniagaan mereka tahun hadapan apabila bangunan ikonik itu ditutup untuk kerja naik taraf yang dijadualkan dilakukan pada separuh kedua tahun depan.



Ditemui oleh Berita Harian, beberapa penyewa ini berkata mereka masih bergelut mencari ruang yang sesuai, dengan keprihatinan utama merupakan harga sewa yang terus meningkat.



Tahun lalu, SLA telah mengumumkan bahawa bangunan berusia 37 tahun itu akan menjalani kerja naik taraf yang akan bermula pada Ogos 2023.



Ia bertujuan memberi kesegaran dan merancakkan tempat itu dan dijangka selesai pada Julai 2026.



Antara mereka yang berusaha mencari ruang yang baru adalah pemilik butik Zenaura, Cik Hayati Kasmani.



Cik Hayati menjelaskan beliau masih belum dapat mencari tempat yang sesuai walaupun sudah mula meninjau di pelbagai ruang sejak pengumuman itu dibuat.



"Bagi saya, 'aura' tempat itu adalah penting dan harus sesuai dengan jenama kami.



"Saya sudah pergi ke beberapa tempat di merata Singapura tetapi tempat-tempat itu, saya rasa, tidak sesuai.



"Ada tempat yang saya pergi, jenis kedai yang ada di sana tidak menentu, jadi saya rasa jika saya pindah ke sana, tiada orang yang akan berlalu-lalang ke kedai saya," kata Cik Hayati, yang sudah berniaga di situ sejak 2017.



Antara tempat yang beliau sudah meninjau termasuk City Plaza, Golden Landmark, East Village dan Centropod yang terletak di Changi.



Memandangkan jumlah pelanggan telah berkurangan sejak Syawal tahun ini, Cik Hayati berkata beliau kini sudah bermula untuk membuat persiapan untuk beralih kepada perniagaan dalam talian.



Menggunakan wadah seperti Facebook, Instagram dan juga laman e-dagang, Cik Hayati menambah bahawa beliau akan menggunakan beberapa bulan ini untuk meningkatkan kehadirannya dalam talian dan menarik perhatian pembeli.



Tempoh sewa perniagaan di TKC akan berakhir sehingga 30 Jun 2023 dan mereka perlu mencari lokasi baru bagi meneruskan perniagaan mereka.



Seorang lagi penyewa di TKC, pemilik kedai Sufia's Gallery, Encik Rokhmat Sinthar, yang menjual karya seni Melayu dan kaligrafi, turut mempunyai nasib yang sama.



Katanya, tempat-tempat yang beliau tinjau mempunyai harga sewa yang terlalu mahal.



Menurutnya, harga sewa ini kadangkala berganda berbanding dengan harga sewa yang beliau kini membiaya.



"Saya rasa harga sewa di sini sekarang adalah rendah berbanding dengan banyak tempat di Singapura," katanya, yang membayar sewa tidak melebihi $3,000 di TKC.



"Di tempat-tempat yang saya tinjau, hanya kedai kosong yang tinggal dan ini berkemungkinan mempunyai kadar sewa yang tinggi atau lokasi yang kurang menarik.



"Ini agak membimbangkan," jelas beliau, yang sudah berniaga di TKC selama 18 tahun.



Walaupun beberapa penyewa masih mencari tempat berniaga alternatif, ada yang kini beroperasi di dua tempat buat sementara.



Antara mereka adalah pemilik By Harmoni dan Modestly, Cik Siti Aisyah Ahmad, yang mempunyai sebuah lagi kedai di Bussorah Street.



Cik Aisyah berkata banyak penyesuaian yang beliau harus lakukan untuk memenuhi keperluan pelanggan di kawasan itu, sejak mendapatkan kedai itu hujung tahun lalu.



"Saya telah mengambil masa untuk menyesuaikan diri apabila saya beralih ke Bussorah Street kerana trafik dan tabiat pelanggan agak berbeza.



"Suasananya agak berbeza dengan kawasan Geylang," katanya.



Meskipun sudah mempunyai ruang baru, Cik Aisyah masih sedang mencari ruang alternatif untuk menggantikan kedainya di TKC.



"Sementara ini, saya bukan sahaja menggunakan ruang TKC untuk berniaga tetapi juga sebagai ruang penyimpanan dan juga sebagai ruang untuk memproses stok saya.



"Ruang di Bussorah sahaja tidak mencukupi untuk saya," ujarnya.




"Bagi saya, 'aura' tempat itu adalah penting dan harus sesuai dengan jenama kami.

Saya sudah pergi ke beberapa tempat di merata Singapura tetapi tempat-tempat itu, saya rasa, tidak sesuai.

- Cik Hayati Kasmani, pemilik butik Zenaura.



"Saya telah mengambil masa untuk menyesuaikan diri apabila saya beralih ke Bussorah Street kerana trafik dan tabiat pelanggan agak berbeza.

Suasananya agak berbeza dengan kawasan Geylang.

Sementara ini, saya bukan sahaja menggunakan ruang TKC untuk berniaga tetapi juga sebagai ruang penyimpanan dan juga sebagai ruang untuk memproses stok saya."

- Cik Siti Aisyah Ahmad, pemilik kedai By Harmoni dan Modestly yang juga mempunyai satu lagi kedai di Bussorah Street.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >