Subuh
5:58
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:32
Maghrib
7:20
Isyak
8:30
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyiapan fasa 2 binaan terowong air sisa bawah tanah dipuji

Kerja terowong fasa kedua Sistem Pembetungan Terowong Dalam (DTSS) diselesai PUB pada Isnin setelah tertangguh akibat Covid-19
Aug 21, 2023 | 06:38 PM



Meskipun terdapat sedikit penangguhan akibat pandemik Covid-19, negara kini selangkah lebih dekat untuk menyelesaikan pembinaan rangkaian terowong sepanjang 98 kilometer yang akan membawa rawatan air terpakai ke bawah tanah, lantas melapangkan kawasan tanah di bahagian pusat dan barat Singapura.

Agensi air negara, PUB, pada Isnin menyelesaikan kerja-kerja terowong untuk fasa kedua Sistem Pembetungan Terowong Dalam (DTSS) — di mana pembetung yang berhubung menyalurkan air terpakai dari rumah dan industri ke terowong dalam, dan kemudian ke Loji Penambakan Air Tuas pada masa hadapan menerusi graviti, tanpa memerlukan stesen mengepam.

Air terpakai yang dirawat kemudiannya dibersihkan untuk menjadi NEWater, yang digunakan terutamanya untuk tujuan penyejukan dan penyaman udara industri di loji fabrikasi wafer, estet perindustrian dan estet komersial.

Terowong itu akan beroperasi menjelang 2026, lewat setahun daripada yang diumumkan sebelum ini.

Ia akan menyediakan khidmat untuk bahagian barat Singapura, termasuk kawasan pusat dan pembangunan akan datang seperti bandar Tengah dan Daerah Tasik Jurong.

Berucap di satu majlis sebagai menandakan detik penting ini, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, berkata bahawa fasa kedua DTSS bermula pada 2019, melibatkan lebih 5,000 pekerja semasa kemuncak pembinaannya.

“Empat tahun dan lebih 40 juta jam kerja kemudian, kami kini meraikan penyiapan kejayaan kejuruteraan luar biasa ini,” kata Cik Fu, sambil mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bertahan untuk mengusahakan DTSS semasa Covid-19 melanda.

Majlis itu dihadiri lebih 300 tetamu, termasuk jurutera perintis yang memulakan projek itu lebih dua dekad lalu.

Fasa pertama DTSS, yang siap pada 2008, menyalurkan air terpakai ke Loji Penambakan Air Changi dan Loji Penambakan Air Kranji untuk rawatan.

Mengimbas kembali cabaran di tengah-tengah pandemik, ketua jurutera (pindahan) DTSS2 PUB, Cik Woo Lai Lynn, berkata beberapa kontraktor harus mengerahkan “apa sahaja staf yang berada di tapak (binaan)” – kebanyakan mereka adalah penyelia – untuk menyiapkan kerja-kerja terowong ketika pergerakan ramai pekerja yang menetap di dormitori disekat.

Seorang lagi kontraktor menggunakan teknologi baru untuk melancarkan mesin pengorek terowong “lebih pantas”, dengan keseluruhan proses dipantau dan diarahkan sejauh dari Jerman, tambahnya.

“Kami mempunyai bilangan orang yang paling sedikit di tapak semasa pelancaran itu, sesuatu yang amat mengagumkan,” kata Cik Woo.

Kerja-kerja terowong dijalankan oleh lima kontraktor berbeza yang menggunakan kaedah pembinaan rintis dan teknologi pintar untuk operasi berjalan lancar serta selamat, kata PUB.

Ini mengurangkan gangguan pada infrastruktur di atas tanah dan pada awam, tambah agensi itu.

Selepas selesai kerja-kerja terowong, DTSS kemudiannya akan dipasang dengan lapisan perlindungan pelapik, dan sejenis alat juga akan dipasang untuk mengawal aliran udara di dalam terowong, agar ia disalur ke kemudahan kawalan yang menghilangkan bau.

Ini adalah antara beberapa ciri baru yang telah dilaksanakan dalam DTSS2 untuk memastikan keutuhan terowong dan agar ia mudah diselenggara.

Kos pembinaan bagi kededua fasa DTSS bernilai $10 bilion, dan sistem tiga nod terdiri daripada rangkaian terowong dan pembetung sepanjang 206 kilometer. 

Ia juga direka untuk bertahan selama 100 tahun, memberi manfaat kepada pelbagai generasi, kata PUB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >