Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Penyokong buat ancaman serang SG

May 24, 2022 | 05:30 AM



PENYOKONG pendakwah Indonesia, Abdul Somad Batubara, telah membuat ancaman di media sosial untuk menyerang Singapura 'serupa kejadian 9/11' di New York.



Ini setelah pendakwah itu dilarang memasuki Singapura disebabkan ajarannya yang bersifat ekstremis dan pengasingan, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) sebelum ini.



Semalam, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, menarik perhatian terhadap ancaman yang dipos di Instagram yang menyifatkan Singapura sebagai negara 'Islamofobik' dan mengugut pemimpin negara ini untuk meminta maaf kepada orang Islam dan rakyat Indonesia.



Pengguna Instagram itu juga mengancam untuk mengusir duta Singapura ke Indonesia dan menghantar tentera termasuk pertubuhan Islam tegar di Indonesia, Front Pembela Islam, untuk menyerang Singapura "seperti 9/11 di New York (pada) 2001" jika tuntutan itu tidak dipenuhi.



Syarikat media sosial Meta, yang memiliki Instagram dan Facebook, telah memadam pos itu dan menyahaktif akaun yang membuat pos tersebut kerana melanggar standard masyarakat, kata Encik Shanmugam.



Ditanya jika rakyat Singapura perlu prihatin terhadap ancaman itu, Encik Shanmugam berkata ancaman tersebut tidak harus diambil ringan.



"Persamaan telah dibuat dengan 9/11, persamaan telah dibuat dengan warga Singapura diketuai pemimpin bukan Islam dan bahawa Singapura dan kepentingan Singapura harus diserang.



"Jadi saya tidak akan mengambil ringan komen itu," kata Encik Shanmugam.



Akaun media sosial pemimpin Singapura seperti Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, serta beberapa pemegang jawatan politik dan agensi pemerintah, telah diserang 'spam' dengan komen daripada penyokong Abdul Somad.



Penyokongnya juga telah menyeru agar serangan siber dilakukan ke Singapura, serta ke atas laman pemerintah dan akaun media sosial.



Mereka juga telah menggesa agar produk Singapura diboikot, dan agar rakyat Indonesia berhenti melawat Singapura.



Sabtu lalu, Singapura berkata ia sedang memantau dengan teliti keadaan misi luar negaranya di Indonesia, selepas tunjuk perasaan berasingan diadakan di kawasan berdekatan Kedutaan Singapura di Jakarta dan Konsulat-Jeneral Singapura di Medan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >