Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peperiksaan akhir tahun dibatal bagi Darjah 3 & Darjah 4, murid kembali ke sekolah secara bertahap dari 11 Okt, kata MOE

Oct 07, 2021 | 12:42 PM



PEPERIKSAAN akhir tahun bagi murid Darjah 3 dan Darjah 4 akan dibatalkan,  kata Kementerian Pendidikan (MOE) pada Khamis (7 Oktober), dengan bilangan kes Covid-19 dalam masyarakat terus melonjak.



Ini adalah kali pertama peperiksaan dibatalkan sejak pandemik Covid-19 bermula pada tahun lalu.



Namun, kelas fizikal  bagi murid Darjah 3 hingga  Darjah 6 akan disambung semula mulai Isnin depan (11 Oktober), disusuli dengan murid Darjah 1 dan Darjah 2, pada Rabu depan (13 Oktober), kata MOE.



Dalam kenyataannya, MOE berkata keputusan untuk membatalkan peperiksaan akan memberikan lebih banyak masa untuk pengajaran kurikulum dilengkapkan selepas kelas-kelas terganggu akibat Covid-19.



Dalam pada itu, peperiksaan bagi murid Darjah 5 akan diteruskan di bawah langkah pengurusan selamat, kata MOE.



Ini akan membolehkan kedua-dua murid dan ibu bapa mendapatkan pemahaman lebih baik berkenaan kemajuan pembelajaran anak mereka mengikut sistem penskoran baru Peringkat Pencapaian - yang diperkenalkan tahun ini, sebelum Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).



Murid Darjah 1 dan 2 tidak perlu menduduki peperiksaan akhir tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >