Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peperiksaan GCE Peringkat A : 238 kertas 3 Kimia H2 dicuri di Britain

Feb 23, 2018 | 04:21 PM



LEBIH daripada 200 skrip bagi Kertas 3 subjek Kimia H2 Peperiksaan GCE peringkat A 2017 telah dicuri daripada penghantar (courier) di Britain apabila ia sedang dalam perjalanan daripada Penilaian Cambridge kepada pemeriksa (examiner).

Sebanyak 238 calon terjejas apabila kertas peperiksaan tersebut dicuri pada 16 November tahun lalu.

Calon yang terjejas terdiri daripada empat maktab rendah termasuk Maktab Rendah Anderson (58 skrip), Maktab Rendah Anglo-Chinese (60 skrip), Instituisi Hwa Chong (60 skrip) dan Maktab Rendah Nanyang (60 skrip).

Ini merangkumi sekitar tiga peratus daripada 8,843 calon sekolah yang menduduki kertas peperiksaan Kimia H2 GCE peringkat A tahun lalu.

Syarikat penghantar itu telahpun membuat laporan kepada Polis UK pada hari yang sama.

Namun Penilaian Cambridge hanya memberitahu tentang insiden itu kepada Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) tentang kes pencurian itu pada 30 November 2017.

Sehingga hari ini, siasatan polis masih diteruskan dan skrip masih belum diperolehi. 

Kata Ketua Eksekutif SEAB, Cik Tan Lay Choo kepada pihak media dalam satu taklimat pagi tadi (23 Feb):

“Penilaian Cambridge telah menyuruh SEAB menyampaikan rasa mohon maaf kepada calon yang terjejas bagi insiden yang disesali ini dan telah memberikan keyakinan bahawa ia akan menjalankan semakan terhadap prosesnya untuk mengelak daripada terjadinya kejadian sedemikian di masa hadapan.”

Dalam keadaan sedemikian di mana calon tidak mempunyai markah bagi sesebuah kertas, Penilaian Cambridge dan SEAB telah menetapkan satu prosedur rasmi untuk menawarkan calon terjejas dengan penilaian yang adil.

Ekoran kejadian ini, Penilaian Cambridge dan SEAB telah mengambil kira prestasi calon dalam tiga lagi kertas Kimia lain - Kertas 1, 2 dan 4 - yang kesemuanya merangkumi 65 peratus terhadap gred akhir disamping prestasi kohort secara keseluruhan dalam subjek tersebut.

Bagi memastikan markah konsisten bagi calon yang terjejas, Penilaian Cambridge dan SEAB juga mengambil kira keputusan peperiksaan calon berdasarkan sekolah.

Kesemua 238 calon yang terjejas meraih sekurang-kurangnya gred lulus dengan 81 peratus meraih gred A dan B bagi H2 Kimia.

Sebelum ini pada 1993, kertas peperiksaan subjek Kesusasteraan GCE peringkat O juga pernah hilang. 

Calon yang terjejas telah diberitahu tentang insiden ini apabila mengambil keputusan mereka pada 2.30 petang tadi oleh sekolah masing-masing.

Satu taklimat akan diadakan buat mereka hari ini dengan kehadiran pegawai Kementerian Pendidikan (MOE) dan SEAB.

Esok juga, satu taklimat akan diadakan buat ibu bapa calon yang terjejas.

Calon yang terjejas telah diberikan pilihan untuk menduduki semula Kertas 3 Kimia H2 pada 25 April dan keputusan akan dikeluarkan pada pertengahan Mei tahun ini.

Tambahan itu, calon yang menjalani perkhidmatan negara pula mempunyai pilihan mengambil peperiksaan itu pada November 2018.

Peperiksaan semula itu akan berdasarkan kurikulum sama dan bakal diadakan di SEAB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >