Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peraduan animasi Pertahanan Mutlak N.E.mation! dirombak, edisi 2021 terima lebih 1,000 penyertaan

Jan 18, 2021 | 05:30 AM



PERTANDINGAN animasi digital peringkat kebangsaan tahunan tentang Pertahanan Mutlak N.E.mation! kini dirombak.



Peserta kategori pelajar perlu menghasilkan papan cerita untuk menyampaikan mesej berkaitan Pertahanan Mutlak serta enam terasnya yakni Pertahanan Tentera, Awam, Ekonomi, Sosial, Psikologi dan Digital.



N.E.mation! 2021 terbahagi dua - kategori pelajar bagi murid sekolah menengah berusia 13 hingga 16 tahun dan kategori belia bagi individu berusia 17 hingga 25 tahun.



Papan cerita tiga pasukan pelajar terbaik diubah menjadi klip animasi 30 saat oleh syarikat penerbitan manakala karya tempat keempat hingga ke-10 dilukis semula oleh pelukis profesional.



Menurut kenyataan penganjur Nexus yang berada di bawah naungan Kementerian Pertahanan (Mindef), rombakan itu dikenalkan sebagai langkah berjaga-jaga ekoran pandemik Covid-19.



Dalam acara Rumah Terbuka N.E.mation! 2021 di Wisma Teroka Singapura (SDC) Upper Jurong Road semalam, sebanyak 12 karya terbaik ditayangkan daripada 1,064 penyertaan yang diterima.



Menurut Nexus, jumlah penyertaan kali ini naik 40 peratus berbanding tahun lalu. 70 peratus daripadanya berkisar tentang usaha melawan Covid-19 bertemakan Together We Keep Singapore Strong (Sama-Sama Kita Perteguh Singapura).



Salah seorang peserta belia ialah pelajar tahun kedua diploma bidang animasi Politeknik Nanyang (NYP), Nur Faqehah Jais, 20 tahun. Pasukannya menghasilkan animasi tentang pembelian barangan asas dalam keadaan panik akibat penyebaran berita palsu bertajuk Fakes and Facts.



Warga Singapura ditonjolkan sebagai zombi tetapi 'pulih' setelah dipakaikan 'topi akhbar'.



"Saya yakin dengan proses animasi yang perlu diikuti. Namun, saya tidak menaruh harapan. Saya cuma mahu berseronok melalui prosesnya," ujar Faqehah.



Peserta belia turut meraih bimbingan profesional secara dalam talian. Tiga syarikat terlibat, iaitu Lucasfilm, Vividthree Productions dan Sweet Singapore Press Holdings (SPH).



Ketua Pemasaran Kandungan Sweet SPH, Encik Phin Wong, berkata belia yang dilatih mencapai prestasi memberangsangkan. Beliau berharap mereka mampu menggarap teknik penceritaan dengan baik dan terus mengasah daya kreatif.



"Saya sangat menyokong usaha menggilap bakat tempatan. Kali ini, kami menyaksikan idea animasi yang begitu rencam," ujarnya.



Orang ramai boleh mengundi karya kegemaran mulai hari ini hingga 12 Februari menerusi sweetspot.straitstimes.com/nemation. Pemenang bakal menerima beraneka hadiah seperti alat canggih Wacom, iPad Pro, Apple Pencil, perisian Procreate, peluang tempoh pelatihan dan piala.



Pendaftaran bagi pertandingan edisi 2022 juga sudah dibuka. Pelajar yang berminat boleh mendaftar melalui laman go.gov.sg/ne2022studentreg selewat-lewatnya 15 Ogos 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >