Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Peraduan lukisan batik di WGS galak golongan muda kenali seni

Jun 25, 2022 | 05:30 AM

SERAMAI 10 pelajar berbilang kaum berusia antara 10 hingga 12 tahun telah layak menyertai peringkat akhir peraduan lukisan Batik Junior di Wisma Geylang Serai (WGS) semalam.

Peraduan buat julung-julung kalinya itu dianjurkan Jabatan Presint Wisma Geylang Serai dengan kerjasama Lukisan Batik Tradisional Tumadi.

Turut hadir dalam acara itu sebagai tetamu terhormat ialah Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga telah menyampaikan hadiah untuk pemenang.

"Peraduan batik ini menuju ke arah yang baik kerana budaya dan kesenian memberi identiti dan kita ingin menggalak lebih ramai golongan muda untuk mengenali seni ini," kata beliau yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar) kepada Berita Harian semalam.

Peraduan itu berlangsung selama empat hari dari 22 Jun hingga semalam.

Seramai 40 peserta menyertainya tetapi hanya 10 peserta dipilih untuk layak ke peringkat akhir.

Seniman batik yang berpengalaman hampir 40 tahun, Encik Tumadi Patri, berkata beliau gembira peraduan itu berjaya dianjurkan.

"Peraduan ini terpaksa tertangguh dua tahun akibat Covid-19, tapi saya gembira kami akhirnya dapat melaksanakan peraduan batik tahun ini.

"Sebagai juri peraduan, saya dapat lihat bakat-bakat terpendam yang baik, dan saya harap mereka akan teruskan minat dalam lukisan batik," ujar Encik Tumadi.

Beliau berharap untuk meluaskan peraduan itu kepada pelajar menengah tahun depan.

Juara peraduan, Goh Kaiqi, berkata beliau tidak sangka lukisannya dipilih tempat pertama.

"Saya berasa seronok membuat lukisan batik dan akan mengajak rakan-rakan saya yang lain untuk mencubanya juga," kata murid Sekolah Rendah Jurong West berusia 11 tahun itu.

Naurah Maisarah Abdul Rahim pula, yang meraih tempat ketiga, berkata:

"Saya berbesar hati dan gembira memenangi tempat ketiga.

"Lukisan menggunakan canting dan lilin batik tidak mudah kerana lilin cair panas. Namun, saya harus fokus untuk menyelesaikannya," kata murid Madrasah Al Maarif Al Islamiah berusia 10 tahun itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3