Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peraduan masak Reben Kuning bakar semula semangat banduan bekas cef

Mar 23, 2021 | 05:30 AM



BERPENGALAMAN sebagai cef sous, persekitaran dapur tidak asing bagi Encik Hakim (bukan nama sebenar).



Daripada memasak hidangan tradisonal kepada membakar pastri, Encik Hakim boleh melakukan semuanya.



Namun, kerjaya beliau dalam bidang itu sebagai seorang cef mula pudar disebabkan ketagihan dadah.



Bagaimanapun, demi membakar semula semangat dan keyakinannya untuk terus menceburi bidang itu sekali lagi, Encik Halim mencabar diri menyertai pertandingan memasak Reben Kuning (YRCC) 2021.



Dengan menyediakan masakan Jepun ikan siakap teriyaki beserta telur, nasi goreng dan sayur tempura, beliau menjelaskan bahawa kesederhanaan hidangan tersebut ia cerminan apa yang ingin dicapai dalam hidupnya.



"Kalau kita tengok makanan Jepun, ia sebenarnya sesuatu yang sederhana dan mudah.



"Menggunakan bahan-bahan mudah, saya rasa saya dapat menyediakan makanan soul (semangat) lazat.



"Mungkin ramai orang banyak memikirkan bagaimana menyediakan makanan paling kreatif, tetapi bagi saya itu boleh menjadikan sesuatu resipi itu lebih rumit disebabkan kekurangan bahan," kata anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik.



Dalam satu panggilan video, Encik Hakim berkongsi bahawa baginya pertandingan itu bukan satu pertandingan menentang peserta lain tetapi dirinya sendiri.



Encik Hakim berkata sebagai seorang pemalu dan mudah gementar, pertandingan itu memberinya peluang mempunyai kebebasan menjadi dirinya sendiri.



"Ia memberi saya ruang untuk menunjukkan kemahiran yang saya sebenarnya ada dalam diri saya sendiri.



"Kepuasan yang saya dapat daripada pertandingan ini ialah saya dapat mengenal diri, bersabar dan juga dapat memberi motivasi kepada diri saya dan rakan-rakan.



"Maksud saya, bukan kita dalam penjara kita tidak diberi peluang," jelas pesalah kali ketiga itu.



Beliau memperoleh hadiah saguhati dan hadiah tambahan 'Hidangan Paling Memberi Inspirasi' dalam YRCC 2021.



Abang Encik Hakim berkata beliau berharap hadiah itu dapat mendorong adiknya terus berfikir positif dan mengejar impiannya.



"Saya rasa ada kebaikan dalam program yang ditawarkan di sini kerana beliau dapat memasak sekali lagi.



"Saya amat gembira dengan pencapaiannya dalam pertandingan ini dan mengucapkan syabas kepadanya.



"Beliau suka memasak sejak kecil sebenarnya.



"Saya hanya berharap beliau akan terus berfikiran berpositif dan kembali ke pangkal jalan," kata abang Encik Hakim yang berumur 45 tahun.



Encik Hakim sendiri berkata beliau menganggap pertandingan itu sebagai satu batu loncatan dalam kerjayanya, dan beliau merancang terus menjadi seorang cef apabila bebas kelak.




"Kepuasan yang saya dapat daripada pertandingan ini ialah saya dapat mengenal diri, bersabar dan juga dapat memberi motivasi kepada diri saya dan rakan-rakan. Maksud saya, bukan kita dalam penjara kita tidak diberi peluang."
- Encik Halim (nama samaran), peserta pertandingan memasak Reben Kuning (YRCC) 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >