Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Peraduan suntik nafas baru Changi Point, Hospital Changi Lama

Apr 16, 2021 | 05:30 AM



BANGUNAN lama Hospital Changi, yang sering dikaitkan dengan ekspedisi mencari hantu, akan diberikan nafas baru tidak lama lagi, sebagai sebahagian usaha pemerintah untuk memperbaharui kegunaannya.



Selain bangunan itu, kawasan Changi Point yang bersejarah juga akan diperbaharui, kata Penguasa Tanah Singapura (SLA) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).



Bagi tujuan itu, kededua agensi pemerintah itu telah melancarkan peraduan untuk mendapatkan idea bagi membangun semula kawasan tersebut, sementara memelihara tapak asal dan warisan semula jadi di sana.



Peraduan tersebut bermula semalam dan akan berlangsung sehingga 9 Jun ini.



Ia dibahagikan kepada dua kategori - bagi pelajar institusi posmenengah dalam jurusan berhubung reka bentuk dan kategori terbuka bagi peserta lain.



Ada dua cabaran yang diberikan dan peserta boleh memilih untuk menyertai peraduan bagi membentuk pelan induk konsep memulihara Changi Point; memberi idea bagi memperbaharui Hospital Changi Lama; atau kededuanya sekali.



Dalam kenyataannya semalam, URA dan SLA berkata idea dan konsep sesuai yang diperoleh menerusi peraduan itu akan diterapkan dalam prinsip reka bentuk dan perancangan bagi tapak tersebut.



Pengarah perancangan dan pembangunan perniagaan SLA, Cik Yap Eai-Sy, berkata idea yang dikumpulkan akan digunakan untuk menambah kepada identiti unik dan warisan ketenteraan di kawasan itu.



Kawasan yang terjejas itu juga adalah sepanjang kawasan pantai berukuran 50 kilometer bernama Greater Rustic Coast yang diumumkan dalam Pelan Induk URA 2019, yang turut merangkumi Sembawang Park dan Punggol Point.



Buat masa ini, sebahagian bangunan-bangunan yang berada dalam tapak yang ingin diperbaharui itu digunakan bagi tujuan komersial atau perumahan.



Antaranya adalah dua bangunan berek di 34 dan 35 Hendon Road, yang kini digunakan oleh bank BNP Paribas untuk menempatkan Kampus Latihan dan Pembangunan Asia Pasifiknya.



Menurut ketua jabatan sumber manusia bank itu di Asia Tenggara, Cik Theresa Ho, ia mendirikan kampus di kawasan bersejarah itu supaya ia lebih mirip dengan kampusnya di Paris, yang dibangunkan pada kurun ke-18.



Menurut Cik Ho, adalah mengecewakan jika pemerintah memilih untuk merobohkan bangunan-bangunan yang ada dan menggantikannya dengan bangunan baru kerana ia akan menghapuskan daya tarikan dan sejarah yang terdapat pada bangunan asal.



Bagi peraduan memperbaharui Changi Point, peserta diminta memberi cadangan yang boleh menarik lebih ramai orang ke sana tanpa menjalankan kerja binaan yang berat.



Bagi peraduan memperbaharui Hospital Changi Lama pula, peserta diminta memberikan idea yang mengekalkan seni bina bangunan tersebut.



Panel pengadil bagi peraduan itu akan dibentuk wakil dari kededua sektor awam dan sektor privet dan dari jurusan yang berkaitan, kata SLA dan URA.



Hadiah akan diberikan kepada tiga cadangan terbaik dari setiap kategori dengan hadiah antara $2,000 dengan $6,000 bagi kategori terbuka dan antara $1,000 dengan $3,000 bagi kategori pelajar.



Butiran lanjut boleh diperolehi menerusi laman web https://www.ideas.gov.sg/public/Charmingly_Changi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >