Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peralihan kepimpinan stabil penting bagi S'pura: Shanmugam

Sep 26, 2018 | 05:30 AM



PERUBAHAN kepimpinan politik yang mantap penting terutama sekali untuk negara kecil seperti Singapura, di mana urus tadbir pemerintahan mempunyai kesan lebih besar.



Demikian menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang Encik K. Shanmugam dalam ucapannya kepada sekitar 200 orang di acara tadbir urus korporat anjuran Persatuan Pelabur Sekuriti (Singapura) kelmarin.



Beliau menyatakan demikian tatkala Singapura kini sedang dalam proses peralihan berpindah tangan ke pemimpin generasi keempat, lapor The Straits Times.



Selain menyentuh tentang penggantian kepimpinan, populisme dan ketidakseimbangan, Encik Shanmugam juga telah membentangkan pendekatan Parti Tindakan Rakyat (PAP) dalam memilih pemimpin masa hadapan negara.



Menurut beliau, pendekatan PAP adalah untuk mengenal pasti pemimpin yang berpotensi dari awal lagi - sebaik-baiknya golongan yang berusia dalam 30-an atau awal 40-an tahun.



Mereka kemudian diberi kesempatan menangani portfolio kementerian dan peranan parti yang berbeza, katanya.



Pemimpin generasi keempat yang sedia ada harus memilih siapa di antara mereka itu merupakan yang terdahulu daripada golongan setara atau primus inter pares.



Urus tadbir pemerintahan merupakan salah satu sebab bagi pendekatan ini, kata Encik Shanmugam.



Sebab lain yang juga sama pentingnya adalah sangkaan bahawa mereka yang berada di Singapura, termasuk anggota politik, adalah sama dengan mereka yang berada negara lain - bermakna mereka boleh didorong oleh cita-cita mahukan tugas terbaik untuk diri sendiri.



"Bagaimana harus kita cuba dan mengurangkan (kemungkinan) tersebut dan memastikan mereka bekerjasama sebagai satu pasukan?" katanya.



"Anda bawakan empat, lima, enam orang yang membentuk teras (kepimpinan).



"Berikan mereka portfolio berbeza, berikan mereka peranan parti yang berbeza, lalu kumpulkan mereka dan katakan, ayuh sila buat pilihan.



"Jika mereka sudah memilih, kurang kemungkinan mereka akan memberontak terhadap golongan yang berkuasa, meski tidak mustahil."



Encik Shanmugam berkata ramai yang berfikir bahawa Perdana Menteri perintis Lee Kuan Yew memilih Encik Goh Chok Tong dan Encik Lee Hsien Loong sebagai perdana menteri Singapura yang kedua dan ketiga.



Oleh itu, Encik Lee pula akan memilih perdana menteri keempat.



Namun, memilih pemimpin dengan cara ini tanpa persetujuan anggota lain akan mengundang masalah dalam kepimpinan, dan ini pernah berlaku di negara lain.



Encik Shanmugam menukil Australia sebagai contoh, yang telah menyaksikan enam perdana menteri dalam tempoh 10 tahun.



Dalam sistem Singapura, terdapat dua cara untuk mengambil alih kuasa, dan ini sama seperti beberapa negara lain, tambahnya.



Satu cara adalah melalui pilihan raya dalaman PAP bagi memilih jawatankuasa eksekutif pusat (CEC).



Menurutnya, di Singapura, setiap menteri biasanya akan menjadi ketua dalam Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) dengan beberapa Anggota Parlimen (AP).



Cara kedua, katanya di bawah perlembagaan, individu yang berjaya mendapat keyakinan golongan besar AP boleh menjadi perdana menteri.



"Mengapa saya beritahu anda semua ini? Untuk menunjukkan bahawa perkara ini benar, ia tidak mustahil, ia boleh terjadi, terutama sekali apabila anda mempunyai perdana menteri yang dominan, seperti perdana menteri sedia ada yang akan mengundurkan diri," ujarnya.



Untuk itu, kata Encik Shanmugam, proses memilih pemimpin Singapura seterusnya masih dijalankan demi memastikan bahawa golongan pemimpin Singapura akan secara bersama berusaha memperbaiki keadaan sebelum meneruskan proses tersebut.



Proses itu akan mengurangkan kemungkinan wujudnya cabaran yang "tidak akan memanfaatkan negara", tambahnya.




"Anda bawakan empat, lima, enam orang yang membentuk teras (kepimpinan). Berikan mereka portfolio berbeza, berikan mereka peranan parti yang berbeza, lalu kumpulkan mereka dan katakan, ayuh sila buat pilihan. Jika mereka sudah memilih, kurang kemungkinan mereka akan memberontak terhadap golongan yang berkuasa, meski tidak mustahil."
- Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang Encik K. Shanmugam mengenai pemilihan pemimpin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >