Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peralihan selamat ke Fasa Kedua

PM Lee: Untuk menang perang lawan Covid-19 semua perlu patuhi jarak selamat
Jun 18, 2020 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata keupayaan menguji virus Covid-19 akan dipertingkatkan ketika Singapura memulakan fasa kedua pembukaan semula esok supaya kerja dan aktiviti sosial dapat diteruskan semula.



Untuk memenangi perang ini, semua orang perlu me- mainkan peranan dengan men jaga jarak selamat.



"Ketika kita memulakan Fasa kedua pembukaan semula kita pada 19 Jun, kita juga akan meningkatkan keupayaan pengujian sehingga kita dapat meneruskan kerja dan aktiviti sosial seperti biasa dengan selamat dan progresif dalam dunia Covid ini.



"Untuk memenangi perang ini, kita memerlukan semua orang untuk terus memainkan peranan mereka untuk mengamalkan jarak selamat serta menjaga kebersihan peribadi yang baik. Mari kita membuat peralihan yang selamat dan stabil ke Fasa Kedua," ujar beliau dalam satu catatan dalam Facebook ketika beliau 'bertemu' dalam talian bersama pasukan yang mengendalikan ujian Covid-19 semalam.



Menurut Encik Lee ujian swab Covid-19 merupakan bahagian yang penting daripada strategi Singapura untuk mengawal penularan virus itu sambil mengatakan bahawa pasukan ujian ini telah sibuk untuk mengaturkan dan meneruskan operasi itu sepanjang pandemik ini.



"Operasi yang besar dan rumit ini bergantung kepada ramai individu yang menjalankan tugasnya agar ujian berjalan lancar. Bukan hanya melakukan swab itu, tetapi berada di barisan depan, mengambil semua langkah berjaga-jaga dan melakukan prosedur dengan betul," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bertugas untuk memastikan kerja ujian ini dapat dilakukan.



Setelah 11.59 malam pada 18 Jun, terdapat kegiatan yang boleh disambung semula dengan peraturan jarak selamat.



Mulai Jumaat, perniagaan boleh membuka semula kedai fizikal mereka.



Orang ramai juga boleh makan di restoran dan pusat makanan dengan setiap meja dihadkan kepada lima orang



Perhimpunan sosial sehingga lima orang dibenarkan, manakala di rumah, setiap isi keluarga boleh terima sehingga lima tetamu.



Kedai runcit, taman, kemudahan sukan dan awam lain, termasuk stadium, kolam renang, padang golf, taman permainan, pusat bowling dan studio kecergasan juga akan dibuka semula.



Perkhidmatan kesihatan dan kesejahteraan peribadi, dan perkhidmat di rumah, seperti kelas tuisyen privet, kelas tambahan atau kelas piano, dibenarkan, kecuali kelas nyanyian atau latihan suara.



Namun, peraturan pelitup sedia ada masih dikekalkan, termasuk orang ramai masih dikehendaki memakainya apabila berada di luar, termasuk di sekolah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >