Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peranan Apad tetap utuh walau usia hampir 60 tahun

Kekal relevan ketengah seni visual pengkarya Melayu SG; rancang pameran, terbit buku peringatan dan arkib bagi sambut ulang tahun ke-60 tahun depan
Jul 20, 2021 | 05:30 AM



ANGKATAN Pelukis Aneka Daya (Apad) berusia 60 tahun tidak lama lagi.



Namun, persatuan seni visual itu ia tidak pernah luntur dalam semangat dan usahanya menyediakan platform bagi anggotanya mengetengahkan hasil seni mereka.



Bahkan, Apad sedang merancang untuk mengadakan beberapa pameran seni, besar dan kecil, bagi menyambut ulang tahunnya ke-60 tahun depan.



Persatuan yang mempunyai 49 anggota pengkarya seni visual Melayu Singapura itu ditubuhkan pada 1962.



Sejak itu, ia menjadi platform sokongan bagi anggotanya mempamerkan karya mereka dan menggalak pembangunan serta penghayatan seni visual di sini.



Ia pernah giat mendampingi masyarakat dengan usaha sosial seperti menyediakan bengkel pendidikan seni kepada orang ramai, terutama golongan muda.



Presiden Apad, Cik Fajrina Razak, sedang menerajui usaha mengarkibkan segala dokumen dan rekod sejarah persatuan itu sejak tahun 1960-an secara digital supaya ia tidak hilang dek zaman dan dapat diakses umum, misalnya pengkaji dan kurator.



Memberikan perincian rancangan sambutan ulang tahun Apad, Cik Fajrina berkata satu pameran utama diharap dapat diadakan sempena Minggu Seni Singapura Januari tahun depan.



Apad telah menghantar saranan bagi pameran itu kepada Majlis Seni Kebangsaan (NAC).



Beberapa siri pameran lain juga sedang dirancang sepanjang tahun depan, manakala sebuah buku peringatan yang mendokumentasikan sejarah Apad turut direncanakan.



"Saya juga merancang untuk mengetengahkan arkib Apad. Ia meninjau kembali sejarah Apad dan menjadi mangkin untuk kami terus melangkah ke hadapan," kata Fajrina, seorang pengkarya, pendidik seni visual dan kurator bebas berusia 32 tahun.



Beliau diwawancara Berita Harian di galeri seni Maya Gallery di Genting Lane baru-baru ini.



Menurutnya, Apad mahu menjadi lebih kekal relevan dalam era hari ini supaya ia dapat menarik lebih rama pengkarya, terutama golongan muda.



Ini memandangkan tidak semua pengkarya seni visual Melayu Singapura menganggotai Apad, malah ramai daripada mereka bergerak aktif secara individu.



"Tidak semua pengkarya Melayu merupakan anggota Apad. Dari segi ini, Apad bukan persatuan yang mewakili semua pengkarya Melayu Singapura," kata Cik Masturah Shaari, pengasas bersama Maya Gallery, yang juga anggota jawatankuasa pengurusan dan jawatankuasa arkib Apad.



Beliau menambah bahawa ada banyak kegiatan seni yang dijalankan oleh pengkarya Melayu di sini tetapi tidak banyak daripadanya diketahui umum dan diketengahkan.



Menceritakan landskap seni visual Melayu di Singapura pula, Cik Masturah, yang telah membuat kajian tentang sejarahnya, berkata Apad bukan persatuan seni visual Melayu pertama di Singapura.



Ada beberapa persatuan seni lain yang ditubuhkan sejak tahun 1940-an bagi pengkarya Melayu Singapura bekerjasama mengadakan pameran dan bertukar-tukar pandangan, seperti persatuan seni Melayu pertama di sini, Persekutuan Pelukis Melayu Malaya (PPMM) pada 1949.



Bahkan, banyak kerja seni pengkarya Melayu dihasilkan selepas Perang Dunia Kedua, dengan pameran seni Melayu pertama dianjurkan seawal 1948.



Mereka juga menyumbang kepada masyarakat dengan mengadakan kelas seni untuk orang ramai.



Sepanjang 1950-an, beberapa persatuan seni ditubuhkan, seperti Angkatan Pelukis Muda (APM), yang ditubuhkan pada 1956, namun kebanyakannya tidak kekal lama.



Pada 1961, sebuah pameran besar dianjurkan oleh Lembaga Tetap Kongres (LTK) di Dewan Peringatan Victoria, namun beberapa pengkarya Melayu tidak disertakan.



Justeru pengkarya tersebut sendiri kemudian menubuhkan Apad pada 1962, yang kekal hingga kini.



Antara faktor Apad kekal ialah kesediaan anggotanya bekerjasama. Bahkan, mereka "bukan bekerjasama dengan satu sama lain sahaja, malah dengan badan seni lain", ujar Cik Masturah, yang berusia 52 tahun.



Beliau telah membuat kajian mengenai usaha kolektif pengkarya Melayu Singapura semasa tahun 1940-an hingga 1970-an bagi ijazah sarjana kesusasteraan dalam sejarah seni Asia, Goldsmiths, Universiti London.



Beliau dan suaminya, Encik Jeffrey Wandly, pelukis dan juga pengasas bersama Maya Gallery, menjadi anggota Apad pada 2011 dan menyertai pameran badan itu sejak menjadi anggota persatuan tersebut.



Ditanya mengenai manfaat menjadi anggota Apad, naib presidennya, Encik Nhawfal Juma'at, seorang pengkarya seni dan pensyarah adjung berusia 30 tahun, berkata:



"Mereka berpeluang mempamerkan hasil kerja seni mereka dan boleh menyertai jawatankuasa kerja pameran, jika mereka mahu.



"Pendek kata mereka berpeluang melibatkan diri dalam sektor seni tempatan."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >