Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Menyorot minda GENERASI MILENIAL

Peranan ibarat 'wonder woman'

Aug 25, 2019 | 05:30 AM



Siapa generasi milenial? Generasi milenial - lahir antara 1981 dengan 1996 iaitu berumur dalam lingkungan usia 23 hingga 38 tahun - dikatakan generasi yang harus menanggani cabaran dan menyesuaikan diri dalam dunia yang semakin pesat berkembang. Namun, mereka tetap teguh untuk mencapai kejayaan dan kepuasan hidup masing-masing. Ikuti laporan ZULAIQAH ABDUL RAHIM (zulabr@sph.com.sg) mewawancara dua milenial ini.




SEORANG isteri, ibu, mahasiswa dan guru tuisyen - Bak 'wonder woman', itulah pelbagai peranan yang harus dipikul Cik Faridah Mohd Ali sekitar setahun lalu.



Ketika itu, mahasiswa tahun akhir program sarjana muda perguruan di Institut Pendidikan Nasional (NIE) menerima berita mengenai kehamilan anak sulungnya.



"Saya masih lagi belajar untuk memasak dan sebagainya... belum lagi merancang untuk mendapat cahaya mata. Tentunya saya bersyukur atas rezeki yang diberikan tetapi air mata saya juga mengalir," kata guru Bahasa Melayu itu yang kini mengajar di Sekolah Rendah Fuhua.



Beliau, yang kini berusia 26 tahun, telah mendirikan rumah tangga pada 2017 sebelum dikurniakan seorang puteri, Halimah Zahra Luqman Hakim, yang kini 11 bulan, pada tahun lalu.



Cik Faridah mengongsikan pengalaman beliau menggenggam segulung ijazah sebagai seorang ibu hamil.



"Pada ketika saya hamil, saya sering berasa lelah dan sakit pening serta muntah-muntah saya berlarutan hingga lima bulan. Adakalanya, saya terpaksa mengundurkan diri dari kelas," ujarnya.



Untuk lulus pengajiannya, beliau juga perlu menyelesaikan kertas disertasi yang dianggap mencabar.



"Walaupun saya lelah apabila harus berjalan dengan lama, saya pergi juga ke Perpustakaan Negara untuk mencari dan membaca buku untuk kajian saya."



Pada masa yang sama, Cik Faridah ingin berdikari dan menjana pendapatannya sendiri untuk menabung bagi anak serta rumah flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang bakal siap.



Biarpun sibuk mengimbangi kerja sekolah dan alam perkahwinan, beliau turut bertugas sebagai guru tuisyen, sehingga mengendalikan sebanyak lima kelas.



"Walau agak lelah, saya tahu bahawa satu hari nanti ini, insya-Allah semua ini akan berbaloi," katanya.



Dua minggu selepas bersalin, Cik Faridah, yang sewaktu itu mengalamai kemurungan selepas bersalin, kembali ke sekolah bagi kursus-kursus yang memerlukan kehadirannya.



Beliau menambah: "Penat, memang penat. Pada waktu malam, saya menyusukan anak saya sambil menaip esei di komputer dan tanpa saya sedari, air mata mula mengalir di pipi. Bukan kerana sedih tetapi lelah sangat secara fizikal dan mental."



Cik Faridah berkata sokongan suami, keluarga dan rakan-rakan sekolah banyak membantu sepanjang beliau mengharungi masa-masa sukar itu.



Apabila beliau harus belajar atau ke sekolah, suami dan keluarga mengambil alih tugas menjaga anaknya. Kawan-kawan sekolah Cik Faridah juga amat memahami.



Mereka akan merakamkan kuliah-kuliah yang tidak dapat beliau menghadiri.



"Saya ingat lagi, hari ketiga saya bersalin, saya tertinggal satu kuliah. Jadi sambil mendukung bayi, saya memakai telefon kepala sambil mendengar kuliah tersebut. Jika saya dapat tulis nota, saya tulis," katanya lagi.



Cik Faridah antara satu daripada pelbagai contoh golongan milenial yang menggalas pelbagai tanggungjawab secara serentak.



Beliau menyifatkan generasi ini ibarat peribahasa, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.



"Tetapi bagi generasi kami yang hidup dalam dunia yang cukup pesat berkembang, sukar untuk berenang-renang di tepian walaupun telah sampai di hulu.



"Generasi kami menjulang adat dan budaya sopan santun leluhur kami sambil berenang di dunia yang cukup kompetitif dan mencabar ini.



"Kami sentiasa cuba mencari keseimbangan... memang sukar tetapi tak mustahil," tambah Cik Faridah yang telah meraih ijazah sarjana mudanya pada Julai lalu.




Tetapi bagi generasi kami yang hidup dalam dunia yang cukup pesat berkembang, sukar untuk berenang-renang di tepian walaupun telah sampai di hulu. Generasi kami menjulang adat dan budaya sopan santun leluhur kami sambil berenang di dunia yang cukup kompetitif dan mencabar ini. Kami sentiasa cuba mencari keseimbangan. Ia memang sukar tetapi tidak mustahil.
- Cik Faridah Mohd Ali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >