Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peranan ibu bapa penting dalam perkembangan anak ketika membesar

Sep 26, 2021 | 05:30 AM



IBU bapa memainkan peranan penting dalam memastikan perkembangan anak-anak ketika membesar, kata Setiausaha (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam.



Kehadiran ibu bapa dapat membantu anak-anak membina kemahiran penting seperti harga diri positif, rasa bertanggungjawab dan keupayaan berkomunikasi.



Beliau berkata demikian dalam webinar khas untuk ibu bapa yang bertajuk 'Mendukung Kesihatan Mental Keluarga Anda', anjuran AMP Singapura dan Pusat Kebapaan (CFF).



Disokong oleh Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), webinar itu bertujuan memberi keupayaan kepada ibu bapa untuk membina ekosistem yang menyokong agar keluarga berfungsi dengan positif.



"Anak-anak dengan kecerdasan emosi sosial yang tinggi juga akan dapat menguruskan emosi dan tingkah laku mereka dengan lebih baik. Mereka dapat bekerja baik dengan orang lain dan melihat diri sebagai anggota masyarakat berguna, justeru membentuk jati diri positif," tambah Cik Rahayu.



Dalam webinar semalam, kaunselor serta pengasas Kelab Heal, Dr Bibi Jan, berkongsi aspek kesihatan mental dalam keluarga dan ahli kanan psikologi Encik Md Haikal Jamil pula berkongsi pandangan mengenai peranan ibu bapa yang dapat membentuk kesihatan mental kanak-kanak sejak kecil.



Pengarah Eksekutif AMP Singapura, Encik Mohksin Rashid, berkata:



"Kesejahteraan kesihatan mental kini penting berikutan masalah yang berpunca daripada tekanan yang dihadapi akibat Covid-19...



"Lantas adalah penting untuk mengadakan sesi perkongsian bagi melengkapi ibu bapa dengan pengetahuan untuk mengamalkan kesejahteraan mental bersama anak-anak. Ini dapat membantu mereka membina keluarga yang lebih kukuh dan sihat."



Ketua pegawai eksekutif CFF, Encik Bryan Tan, pula tekankan pentingnya akan webinar itu yang meletakkan kesejahteraan mental keluarga sebagai keutamaan.



"Ibu bapa perlu bekerjasama untuk memberi sokongan kepada anak-anak agar mereka dapat menjadi warga berdaya tahan dan belajar menangani cabaran hidup," jelas Encik Tan lagi.



Menjelas lebih lanjut mengenai isu kesihatan mental, Cik Rahayu berkata pandemik ini telah menyebabkan banyak tekanan di dunia, termasuk di Singapura, yang menyebabkan peningkatan jumlah orang mencari sokongan kesihatan mental.



Untuk menggalak lebih ramai individu supaya mencari bantuan lebih awal dan menyedari kepentingan rawatan diri, lebih banyak perlu dilakukan bagi mempertingkatkan kesedaran tentang kesejahteraan kesihatan mental.



HPB telah melancarkan inisiatif "Hi! #JustCheckingIn" Januari lalu untuk menggalak warga Singapura untuk menghubungi dan memeriksa rakan dan keluarga dan bantu mereka dapatkan pertolongan jika perlu.



Untuk mengukuhkan sokongan untuk belia yang menghidapi isu kesihatan mental, Kementerian Kesihatan telah melancarkan Perkhidmatan Belia Bersepadu (IYS) di mana belia dapat mengakses sokongan sosial dan kesihatan mental yang diperuntukkan individu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >