Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Peranan Jamiyah lengkapi usaha penuhi keperluan masyarakat

SM Teo: Hubungan dekat dengan masyarakat bolehkannya hasilkan program responsif, berkesan
Jul 17, 2022 | 05:30 AM

PERTUBUHAN masyarakat seperti Jamiyah Singapura memainkan peranan penting dalam melengkapi usaha pemerintah menyediakan khidmat bagi memenuhi keperluan masyarakat.

Kebiasaan pertubuhan sedemikian dengan keperluan masyarakat masing-masing membolehkan mereka bekerja rapat dengan sukarelawan untuk menghasilkan program yang responsif dan berkesan.

Pertubuhan sedemikian juga dapat memberi bantuan campur tangan awal, terutama kepada mereka yang mempunyai keperluan mendesak.

Demikian dinyatakan Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, yang juga Menteri Penyelaras Bagi Keselamatan Negara, di acara makan malam gala bagi menyambut ulang tahun ke-90 Jamiyah di Pusat Konvensyen dan Ekspo Marina Bay Sands malam tadi.

Tetamu khas lain yang turut hadir termasuk Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam; Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad; dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, yang berada di Brunei hingga semalam bagi satu lawatan kerja, telah menyampaikan ucapan khas menerusi satu kiriman video.

Encik Teo berkata, kerjasama erat antara Jamiyah dengan pemerintah adalah antara tiga faktor utama kejayaan pertubuhan tersebut selama ini.

"(Kerjasama ini) telah membolehkan program-program kebajikan dan kemasyarakatan Jamiyah dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Kerjasama ini juga telah membolehkan Jamiyah memperkaya wacana nasional kita tentang pelbagai isu.

"Ini termasuk ancaman radikalisme dan pengganasan, hubungan antara agama serta pembangunan wanita dan belia. Kami menghargai pandangan Jamiyah mengenai perkara-perkara ini," kata Encik Teo yang turut menyebut kepimpinan yang berkesan serta pengambilan pendekatan yang inklusif sebagai faktor lain yang menyumbang kepada kejayaan Jamiyah.

Menurutnya, pertubuhan masyarakat dan agensi perkhidmatan sosial turut memainkan peranan penting semasa tempoh krisis dengan membantu membangunkan daya tahan dan menawarkan sokongan kepada masyarakat.

Jamiyah telah melakukan ini dengan terus menganjurkan pelbagai program untuk masyarakat walaupun menghadapi gangguan ekoran Covid-19, seperti ceramah tentang keharmonian antara kaum dan webinar antarabangsa tentang peranan pemimpin berlainan kepercayaan di tengah-tengah cabaran pandemik.

Pertubuhan masyarakat juga memainkan peranan dalam memperluaskan ruang bersama dan menyatukan kumpulan berbeza, kata Encik Teo.

"Anda menggerakkan masyarakat, dan menggalak pihak berkepentingan yang berbeza untuk bekerjasama demi kebaikan masyarakat yang lebih besar," katanya.

Dalam hal ini, Encik Teo berkata Jamiyah telah mengambil pendekatan inklusif terhadap membina rangkaian dengan relawan serta pemimpin masyarakat daripada kaum dan agama berbeza, dalam tahun-tahun sejak penubuhan Pertubuhan Antara Agama (IRO) di Singapura oleh pengasas Jamiyah, Moulana Abdul Aleem Siddique, pada 1949.

"Anda telah menjalin hubungan rapat dengan pertubuhan agama lain, dan bekerjasama dengan mereka dalam menganjurkan kegiatan sosial dan kebajikan. Kegiatan bermakna sedemikian membina jambatan penting antara masyarakat kaum dan agama yang berbeza di Singapura," kata Encik Teo.

Di majlis semalam, Jamiyah telah melancarkan inisiatif silang agama terkininya, iaitu Anugerah Teladan Keharmonian Silang Agama yang memberi penghormatan kepada pertubuhan dan individu yang telah membuat sumbangan besar ke arah mencapai keamanan dan keharmonian di Singapura.

Encik Teo berkata inisiatif sedemikian menjadi semakin penting kini di tengah-tengah trend global nasionalisme populis atau populist nationalism, politik perkauman dan sikap tidak toleransi agama, kata Encik Teo.

"Kita semua mesti terus memupuk masyarakat yang menghormati perbezaan, menerima kepelbagaian, dan meraikan masyarakat kita yang berbilang agama dan berbilang kaum. Pada terasnya, kita juga mengukuhkan nilai bersama yang menyatukan kita sebagai satu rakyat. Ini memberi kita kekuatan untuk menghadapi dunia yang semakin tidak menentu," katanya.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3