Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peranan jantina, jangkaan perlu berubah untuk sokong ibu-ibu dengan lebih baik: Sim Ann

Jun 12, 2021 | 06:09 PM



SEDANG wanita di Singapura telah membuat kemajuan baik sepanjang beberapa dekad lalu, penetapan minda (mindset) tentang peranan dan jangkaan ke atas wanita dan lelaki dalam sebuah keluarga perlu berubah agar dapat menyokong ibu-ibu di sini dengan lebih baik, kata Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pembangunan Negara), Cik Sim Ann, pada Sabtu (12 Jun).


Beliau berkata demikian dalam satu acara maya yang dianjurkan oleh Jamiyah Singapura untuk mengumpul pandangan dan saranan tentang cara meningkatkan kehidupan ibu-ibu.


"Sebagai contoh, sangat biasa bagi kita untuk menghadiri kegiatan wanita yang dianjurkan oleh pertubuhan yang memperjuang bagi pihak wanita, dan anda akan mempunyai ucaptama oleh seorang wanita yang sangat memberi inspirasi, dan semasa soal jawab, dia akan ditanya, bagaimana  anda lakukan semuanya? " kata Cik Sim.


"Ini adalah sesuatu yang kita semua alami, kita semua perhatikan, dan... lelaki tidak menanyakan soalan ini kepada satu sama lain," tambahnya.


Cik Sim berkata seorang wanita sering dijangka melakukan pelbagai perkara jika dia ingin berjaya.


Beliau mengakui bahawa tidak ada penyelesaian yang sempurna untuk masalah ini, tetapi menyatakan bahawa mendidik generasi akan datang untuk mempunyai "pendekatan yang sedikit berbeza" terhadap peranan jantina dapat membantu.


Sekitar 100 peserta dari agensi pemerintah, agensi perkhidmatan sosial dan orang awam menyertai acara yang dianjurkan oleh Jamiyah itu.


Acara tersebut membawa tema Menjadi Ibu: Cabaran, Laluan ke Hadapan. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi ibu-ibu dan sebab bagi "pengiktirafan tidak mencukupi bagi status ibu", kata Jamiyah Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >