Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peranan kaum minoriti kekalkan harmoni dihargai

Sep 09, 2022 | 09:32 PM



MASYARAKAT minoriti, termasuk masyarakat Islam, telah menyumbang usaha besar dalam mengekalkan keharmonian kaum dan agama serta perpaduan sosial di Singapura, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Ini termasuk mendekati isu yang dihadapi dengan semangat persefahaman bersama dan tolak ansur, dan memahami bahawa sesetengah perkara perlu dilakukan secara berbeza dari tempat lain disebabkan konteks majmuk negara.



Namun, masyarakat majoriti juga perlu memainkan peranan mereka dan menolak politik majoriti, kata Encik Lee.



Beliau berkata demikian dalam ucaptama di Persidangan Antarabangsa Masyarakat Gemilang sulung anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) di Pusat Konvensyen Raffles City hari ini (9 September).



Encik Lee turut mengetengahkan peranan yang dimainkan pemerintah untuk melindungi hak masyarakat minoriti dan memperluaskan ruang yang dikongsi bersama dalam masyarakat.



“Dengan persefahaman yang baik, kita dapat menangani secara baik dan membina isu-isu rumit yang muncul dan tidak dapat dielakkan apabila kumpulan berlainan hidup bercampur antara satu sama lain,” kata Encik Lee.



Beliau memberi contoh laungan azan, di mana masyarakat Islam Singapura memahami keperluan membuat penyesuaian pragmatik mengikut nilai agama dengan menyiarkan azan di radio sebaliknya dan menghidupkan pembesar suara di dalam masjid untuk mengurangkan kesan terhadap penduduk berhampiran, yang ramainya bukan Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >