Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

PARLIMEN PERBAHASAN PEMANSUHAN 377A

Peranan kepimpinan ambil keputusan sukar, dan terbaik untuk masyarakat

Masagos: Tanpa tindakan buka risiko mahkamah akan memutuskan Seksyen 377A 'tidak berperlembagaan'
Nov 30, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH pemerintah sekular, walaupun terdiri daripada individu yang mungkin mempunyai pegangan agama masing-masing, perlu memastikan yang ia menggunakan nilai sekular dan universal apabila membuat keputusan untuk seluruh negara, dan bukan atas prinsip agama individu.



Menyatakan demikian di Parlimen semalam semasa ucapan penutup bagi bacaan kedua Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan), Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata bagi isu rumit, "kita mesti mengamalkan kepimpinan untuk membuat keputusan sukar yang terbaik untuk masyarakat kita, walaupun ia tidak memenuhi keinginan semua orang".



Beliau memberi contoh pemimpin Melayu/Islam yang didampingi pemerintah berhubung pemansuhan Seksyen 377A yang menyifatkan seks sesama lelaki sebagai jenayah, dan pindaan kepada perlembagaan untuk melindungi takrifan perkahwinan semasa daripada cabaran undang-undang.



"Mereka melangkaui perspektif mereka sendiri dan menilai apa yang baik untuk masyarakat, Singapura dan warga Singapura. Mereka menerima mengapa perubahan ini perlu dibuat," kata Encik Masagos.



Beliau mempersoalkan keputusan Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Encik Dennis Tan (Hougang), Encik Gerald Giam (GRC Aljunied) dan Encik Faisal Manap (GRC Aljunied) untuk tidak menyokong pemansuhan Seksyen 377A disebabkan oleh nilai agama mereka.



Encik Masagos berkata mereka (kecuali Encik Faisal yang tidak hadir di Parlimen kelmarin dan semalam disebabkan Covid-19) tidak menawarkan sebarang huraian tentang bagaimana untuk memastikan masyarakat kekal bersatu padu jika Seksyen 377A didapati 'tidak berperlembagaan'.



Dalam ucapannya, Encik Masagos sekali lagi menerangkan mengapa pemansuhan dan pindaan perlembagaan itu diperlukan.



Ketiadaan tindakan akan membiarkan terbuka risiko undang-undang bahawa mahkamah akan, pada satu ketika di masa hadapan, memutuskan Seksyen 377A 'tidak berperlembagaan'.



Parlimen mempunyai kewajipan untuk bertindak, katanya.



"Di Dewan ini, anggota telah merenungkan kerumitan isu dan kepelbagaian pihak berkepentingan kita. Sesuatu yang tidak akan dicapai oleh proses mahkamah. Anggota telah menunjukkan mengapa Parlimen, bukannya mahkamah, adalah forum yang betul untuk membahaskan isu sosial yang sukar," katanya.



Beliau kemudian menyebut beberapa perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan Singapura kekal bersatu selepas undian dibuat ke atas rang undang-undang itu.



Beberapa AP telah meminta jaminan bahawa pemansuhan Seksyen 377A tidak akan menyebabkan perubahan dalam norma sosial.



Encik Masagos berkata adalah hasrat pemerintah untuk tidak ada perubahan dalam norma sosial berikutan pemansuhan itu.



Malah itulah apa yang Artikel 156 baru dalam perlembagaan nyatakan, iaitu melindungi takrifan perkahwinan semasa sebagai antara lelaki dan wanita dan dasar-dasar bekaitan, daripada dicabar undang-undang.



Beberapa AP juga telah bertanya tentang pendirian institusi pendidikan. Encik Masagos berkata kurikulum dan dasar pendidikan kekal berpaksikan nilai-nilai kekeluargaan dan norma sosial yang lazim di Singapura, yang kebanyakan warga Singapura mahu mempertahankan.



Ini termasuk keluarga sebagai asas fabrik sosial, dan perkahwinan antara lelaki dan wanita.



Beberapa AP juga bercakap tentang kebebasan beragama dan Encik Masagos berkata seseorang itu masih boleh berdakwah berhubung kepercayaan mereka tentang homoseksualiti atau keluarga, walaupun orang lain mungkin tidak bersetuju.



Tetapi tiada siapa harus menghasut keganasan atau kebencian terhadap orang lain.



"Ini bertentangan dengan undang-undang dan bukan masyarakat yang kita mahukan. Ini tidak kira sama ada komen dibuat secara terbuka, dalam talian atau dalam ruang peribadi anda," katanya.




“Di Dewan ini, anggota telah merenungkan kerumitan isu dan kepelbagaian pihak berkepentingan kita. Sesuatu yang tidak akan dicapai oleh proses mahkamah. Anggota telah menunjukkan mengapa Parlimen, bukannya mahkamah, adalah forum yang betul untuk membahaskan isu sosial yang sukar.”
– Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, ketika menerangkan mengapa pemansuhan 377A dan pindaan perlembagaan diperlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >