PELAJAR yang dipilih menjadi duta bahasa di sekolah akan diberi peranan lebih besar dan penting untuk mempromosikan bahasa serta budaya Melayu kepada rakan-rakan mereka.
Beberapa kegiatan dan bengkel akan dianjurkan untuk duta-duta bahasa itu agar mereka dapat berkongsi pengetahuan yang mereka raih bersama pelajar-pelajar lain di sekolah.