Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peranan Orang Seletar dalam sejarah S'pura dikupas

Oct 29, 2019 | 05:30 AM



SEBUT tentang 'Seletar', apa yang mungkin timbul dalam fikiran ramai orang di Singapura adalah nama sebuah ekspreswe, sebuah empangan, bahkan sebuah pusat membeli-belah.



Namun, masih ramai yang kurang tahu tentang kewujudan Orang Seletar, sebuah suku kaum Orang Laut, antara penduduk asal Singapura sejak sebelum kedatangan pihak British lagi.



Peranan Orang Seletar dalam sejarah pulau ini kini dikupas dalam beberapa acara sebahagian daripada Pesta Budaya Melayu anjuran Taman Warisan Melayu (TWM) tahun ini.



Pesta Budaya itu kali ini turut dianjurkan sempena 200 Tahun Singapura.



Antara kegiatan yang dianjurkan dengan tema Orang Seletar termasuk sebuah ceramah, pameran dan pementasan drama bertajuk 'Tanah Air: Pementasan Dalam Dua Bahagian' oleh Drama Box.



Pada 5 Oktober lalu, sebuah ceramah di TWM telah menampilkan pasangan adik-beradik berketurunan Orang Seletar, Encik Eddy Salim dan Encik Jefree Salim, yang berasal dari Kampung Sungai Temon di Johor.



Orang Seletar dipercayai masyarakat Orang Laut terakhir berasal dari Singapura yang masih hidup hingga hari ini.



Kumpulan itu dahulunya bebas bergerak di perairan utara Singapura serta pantai selatan Johor tetapi ramai yang kini menetap di Johor setelah Malaysia dan Singapura berpisah.



Encik Eddy memberitahu Berita Harian terdapat sekitar 5,000 Orang Seletar yang kini tinggal di sembilan kampung di Johor di kawasan seperti Danga Bay, Pasir Gudang dan Sungai Tiram.



Encik Eddy, 40 tahun, dilahirkan di Johor, tetapi nenek moyangnya merupakan Orang Laut yang tinggal di Sungai Seletar dahulu.



"Tahun 30-an, 40-an dulu, tok saya cerita masa itu orang kita ambil kayu tongkong atau kayu api itu dan jual kepada orang Cina. Kebanyakan kerja nelayan yang jual hasil laut.



"Tetapi kehidupan zaman dulu sekarang kita tak boleh ikut lagi. Bayangkan dia orang duduk dalam sampan, beranak dalam sampan, tidur dalam sampan, makan pun dalam sampan. Sampan itu penting bagi orang kami," ujar Encik Eddy, kini seorang peniaga restoran.



Beliau tidak pasti tahun berapa keluarganya berpindah dan menetap di Johor tetapi beliau sendiri telah dilahirkan di Kampung Sungai Temon pada tahun 1979 dan masih tinggal di sana hingga sekarang.



Bagaimanapun, beliau masih ingat semasa beliau kecil, keluarganya bebas bergerak menaiki sampan di perairan selatan Johor dan utara Singapura sehingga tahun 80-an dan 90an.



"Orang tua saya sebelah bapak duduk dekat Sungai Skudai, Bakar Batu. Yang sebelah mak, duduk dekat kawasan Sungai Johor.



"Kalau nak pergi kampung sebelah, kami naik sampan lalui terowong bawah koswe tetapi sekarang sudah tidak boleh lagi," ujarnya.



Dengan arus pemodenan, banyak cara hidup, adat serta pantang larang Orang Seletar, tidak lagi diamalkan, kata Encik Eddy lagi.



Namun, beliau masih cuba mengekalkan penggunaan bahasa Orang Seletar, yang serupa bahasa Melayu tetapi mempunyai sebutan berbeza. Contohnya, makan disebut 'man', minum disebut 'enum', dan tanjung disebut 'tanyung'.



"Kalau tidak diturunkan juga, generasi masa depan tak tahu.



"Ada yang malu mengaku Orang Laut," ujar Encik Eddy, yang mempunyai tiga orang anak.



Tahun lalu, sekumpulan penyelidik bebas telah memulakan projek untuk mengumpul sejarah lisan Orang Seletar bagi Arkib Negara Singapura (NAS).



Pengurus Besar TWM, Cik Asmah Alias, berkata pameran tentang Orang Seletar bersama acara lain di bawah Pesta Budaya Melayu serta sebuah pameran khas di pusat itu dianjurkan sedang negara ini memperingati 200 Tahun Singapura, sejajar dengan tema 'Bangsa' yang diteroka TWM.



"Kami ingin memaparkan pelbagai perspektif peribumi sepanjang 700 tahun dalam sejarah Singapura, kaitan mendalamnya dengan rantau ini dan di luarnya," ujar Cik Asmah.



Tambahnya, pelbagai program tersebut menunjukkan "Singapura amat bersaling hubungan dengan rantau ini sebelum kedatangan orang Portugis, British dan Belanda".




PESTA BUDAYA MELAYU



  • BALADA TUMASIK

Pameran pemetaan video di muka bangunan Taman Warisan Melayu (TWM) yang memaparkan sejarah Singapura

Tarikh: 11 Oktober hingga 2 November

Masa: 8 malam

Tempat: TWM



  • 7ETANGGA (TUJUH TETANGGA)

Persembahan muzik oleh Nadi Singapura yang menyorot sejarah pelbagai masyarakat di Singapura

Tarikh: 1 November

Masa: 8 malam

Tempat: Air Pancuran TWM



  • SESI CERITA BERDRAMA: SERANGAN TODAK

Ikuti sesi cerita rakyat yang dipersembahkan kanak-kanak berusia antara sembilan dengan 11 tahun

Tarikh: 2 November

Masa: 10 pagi hingga 11 pagi

Tempat: Auditorium TWM

Daftar di malayheritagecentre.peatix.com



  • LAWATAN DIPANDU PELAJAR

Ikuti lawatan ke galeri tetap TWM yang dibawa pelajar

Tarikh: 2 November

Masa: 10 pagi hingga 11 pagi (Sesi 1); 12 tengah hari hingga 1 petang (Sesi 2)

Tempat: Galeri Tetap TWM

Maklumat lanjut di www.malayheritage.org.sg



(Pihak penganjur menjelaskan pameran  di Perpustakaan Negara Singapura (NLB) ini bukan di bawah Pesta Budaya Melayu.)



Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >