Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peranan penting badan agama bantu atasi keganasan di rumah

Jan 15, 2023 | 05:30 AM



BADAN agama boleh memainkan peranan penting dalam usaha membanteras keganasan dalam keluarga dan rumah tangga, kata Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling.



Menurut Cik Sun, setiap individu boleh memain peranan penting mengatasi keganasan dalam keluarga dan ini termasuk badan agama kerana budaya dan agama sering memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pandangan individu, terutama dalam masyarakat berbilang kaum seperti Singapura.



Beliau berkata demikian di Simposium Silang Agama anjuran Kumpulan Kerja Keganasan Keluarga (FVWG) Jurong semalam.



Memberi contoh, Cik Sun berkata warisan etnik dan tradisi budaya, kepercayaan agama serta norma masyarakat yang dicontohkan oleh orang yang paling rapat di sekeliling seseorang itu seringkali membentuk sikap mereka terhadap cara lelaki dan wanita berinteraksi antara satu sama lain.



"Namun demikian, mungkin adanya keadaan di mana terdapat salah faham yang ketara dan salah guna norma perkahwinan akibat salah tafsir kitab atau ayat-ayat dalam agama atau menggunakan agama secara tidak wajar untuk melakukan keganasan.



"Dalam keadaan lain, budaya tertentu mungkin menggambarkan wanita yang sudah berkahwin adalah hak milik lelaki, sekali gus memberi lesen kepada lelaki untuk mengawal isteri mereka, malah mungkin dengan menggunakan keganasan untuk membentuk tingkah laku isteri mereka mengikut keinginan mereka.



"Oleh itu, badan agama menjadi saluran penting dalam menangani dan mengurus keganasan keluarga dan rumah tangga, " ujar beliau.



Cik Sun menambah badan keagamaan seringkali memainkan peranan yang penting dalam komuniti mereka untuk menyediakan ruang selamat untuk bercakap tentang keluarga dan keganasan rumah tangga serta berkongsi sumber untuk memberikan bantuan.



Dalam ucapan beliau di simposium itu, Cik Sun berkata jumlah pertanyaan berhubung keganasan keluarga dan rumah tangga yang diterima melalui Talian Bantuan Antikeganasan dan Gangguan Seksual Nasional (NAVH), Perlindungan Orang Dewasa (APS) dan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak (CPS) telah meningkat sejak lima tahun lalu.



Menurut Cik Sun, CPS dan APS, masing-masing menerima lebih 3,300 dan 480 pertanyaan pada 2017.



Namun menjelang 2020, CPS telah menerima 5,200 pertanyaan, sementara APS menerima 1,200 pertanyaan.



NAVH, yang dimulakan pada 2021 pula menerima 8,400 panggilan dalam tahun pertama ia beroperasi.



Cik Sun berkata perbualan terbuka tentang keganasan dalam keluarga dan rumah tangga boleh dilakukan untuk menentang keganasan dalam keluarga dan rumah tangga.



"Kita perlu terus bekerjasama sebagai satu masyarakat untuk menangani keganasan keluarga dan rumah tangga dengan meningkatkan kesedaran, melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengesan dan bercampur tangan dengan selamat," ujar beliau.



Simposium yang bertemakan "Mengambil Pendirian Setia: Komuniti Agama Menentang Keganasaan Keluarga dan Rumah Tangga" bertujuan untuk menyediakan platform bagi wakil-wakil dari agama yang berbeza di Singapura untuk mengambil pendirian menentang keganasan dan bertukar pandangan tentang cara komuniti agama boleh menyokong keluarga dan individu yang mengalami keganasan dalam keluarga.



Sekitar 110 peserta dari badan agama dan agensi perkhidmatan sosial menyertai simposium itu semalam untuk berkongsi dan bertukar fikiran bagaimana mereka boleh memainkan peranan untuk menentang keganasan dalam keluarga dan rumah tangga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >