Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peranan penting ibu bapa pupuk tabiat baca di kalangan anak: Masagos

Oct 16, 2022 | 08:29 PM



IBU bapa memainkan peranan penting dalam memupuk tabiat membaca yang baik di kalangan anak mereka, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad..


Ini terutamanya pada tahun-tahun awal mereka sebagai kanak-kanak ketika masih membesar, tambahnya.


“Siapa lagi jika bukan ibu bapa mereka yang membimbing mereka,” kata Encik Masagos, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, kepada media pada Ahad (16 Okt) sempena acara Amazing Read @ Heartlands di Our Tampines Hub.


Dianjurkan Yayasan Mendaki, acara itu bertujuan meningkatkan perkembangan dan kemahiran membaca di kalangan kanak-kanak melalui aktiviti menarik.

Ini termasuk sesi penceritaan dan juga menawarkan pelbagai aktiviti permainan buat seisi keluarga yang menghadiri acara itu.


Tajuk buku untuk sesi penceritaan semalam adalah ‘The Crane and the Crab’, yang ditulis  mantan Presiden SR Nathan, dan dibacakan oleh Encik Masagos.


Acara tersebut adalah kemuncak Pesta Membaca Raikan Ilmu 2022 yang diadakan antara 3 hingga 16 Oktober 2022.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >