KEMENTERIAN PERDAGANGAN DAN PERUSAHAAN

Perancangan perubahan industri akan disemak agar lebih berkesan

Iswaran: ITM wadah utama bangunkan asas negara

PERANCANGAN Perubahan Industri (ITM) bukan merupakan 'pelan statik' tetapi akan disemak secara tetap untuk melihat keberkesanannya, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan (Perusahaan), Encik S. Iswaran.

Menjawab soalan Cik Foo Mee Har (GRC West Coast) mengenai perkembangan ITM dan pengajaran diperolehi sejauh ini, Encik Iswaran berkata ia akan mengambil masa untuk menilai keberkesanan ITM.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan