Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perancangan Perubahan Industri sepadu rapat ekonomi, penyelidikan, inovasi

Pemerintah rancang labur $25 bilion menerusi pelan Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan (RIE) 2025 bagi lima tahun
May 01, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH akan menyepadukan usaha perubahan ekonomi secara lebih rapat dengan penyelidikan dan inovasi, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.



Mendedahkan rancangan pemerintah untuk melabur $25 bilion menerusi pelan Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan (RIE) 2025 bagi lima tahun akan datang, Encik Heng berkata ia akan disepadukan secara rapat dengan Perancangan Perubahan Industri (ITM) 2025.



"Inovasi adalah amat penting bagi perubahan ekonomi kita, terutama lagi dalam dunia pascapandemik ini," kata Encik Heng, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi dan pengerusi Lembaga Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF).



Encik Heng berkata demikian dalam ucapannya selepas mesyuarat pertama bagi penggal baru Majlis Ekonomi Masa Depan (FEC) semalam.



Dalam ucapannya itu, Encik Heng berkata tumpuan FEC kali ini adalah terhadap ITM 2025.



Beliau menggariskan tiga teras utama bagi ITM 2025, termasuk menyepadukan usaha perubahan ekonomi secara lebih rapat dengan penyelidikan dan inovasi.



Bagi tujuan ini, usaha FEC telah dibahagikan semula kepada tujuh kelompok, yang diselaraskan dengan empat RIE, iaitu Perkilangan, Perdagangan dan Keterhubungan; Kesihatan Manusia dan Potensi; Huraian Bandar dan Kemampanan; serta Negara Bijak dan Ekonomi Digital.



Setiap kelompok akan memantau pembangunan dan pelaksanaan ITM masing-masing, kata Encik Heng.



"Kami juga sedang meneroka sinergi baru dan membangun bidang pertumbuhan baru yang lahir dari anjakan struktur ini," tambah beliau.



Menurut Encik Heng, dengan cara ini, pelaburan Singapura dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) boleh menangani keutamaan negara dengan lebih baik, selain memenuhi keperluan perniagaan dan rakyatnya.



"Kita juga akan boleh menggunakan hasil R&D (Penyelidikan dan Pembangunan) kita untuk mendapatkan huraian bagi perniagaan dan produk," kata Encik Heng.



Selain menyepadukan perubahan ekonomi dengan penyelidikan dan inovasi, ITM 2025 juga akan menerapkan usulan yang dikemukakan oleh Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh (EST) yang ditubuhkan pada Mei tahun lalu, antaranya untuk menilai kesan Covid-19 terhadap ekonomi Singapura dan mengenal pasti strategi untuk bangkit.



Menurut Encik Heng, EST, yang telah melancarkan Alliances for Action (AFA) iaitu pendekatan baru bagi kerjasama awam-privet akan berkongsi butiran lanjut dalam maa beberapa minggu lagi.



ITM 2025 juga akan memberi penekanan tambahan terhadap pekerjaan dan kemahiran, untuk membolehkan warga Singapura mencapai potensi tertinggi, kata Encik Heng.



FEC yang mempunyai 41 anggota bagi penggal baru ini menyaksikan 16 wajah baru, termasuk empat Menteri.



Mereka adalah Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, serta Encik Tan See Leng dan Encik Gan Kim Yong yang masing-masing bakal menjadi Menteri Tenaga Manusia dan Menteri Perdagangan dan Perusahaan pada 15 Mei ini.



Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng mengekalkan tempatnya dalam FEC.



Turut mengekalkan tempat bagi penggal baru ini ialah dua anggota Melayu, pengarah di Temasek Life Sciences Laboratory Dr Azlinda Anwar, yang juga anggota baru EST; dan Encik Wahab Yusoff, Naib Presiden (Asia) di Forescout Technologies.



Ditubuhkan pada 2017, FEC antara lain bertujuan membangun ekonomi yang rancak dan terhubung di dunia, selain membantu perniagaan dan rakyat berinovasi dan merebut peluang baru dalam pasaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >