Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perang di Ukraine: Niaga F&B setempat hadapi gangguan bekalan, harga bahan naik

Mar 13, 2022 | 05:30 AM



SEGALANYA bermula dengan pandemik Covid-19.



Kini, konflik Ukraine-Russia yang berlarutan menimbulkan lebih banyak keadaan kucar-kacir pada rantaian bekalan global lantas membawa pada kekurangan bahan dan kos yang meningkat bagi industri makanan dan minuman (F&B) di sini.



Bulan lalu, situasinya menjejas peminat rangkaian restoran makanan segera KFC apabila mereka tidak lagi dapat menikmati hidangan sampingan berupa kentang goreng bersama sajian utama mereka.



Sebaliknya, kentang goreng digantikan dengan wafel kentang yang dipanggil 'waffle hash'. Pelanggan bagaimanapun masih boleh memesan kentang goreng dan kentang keju secara berasingan dan bukan dalam tempahan set hidangan.



Semuanya ini berpunca daripada kekurangan bekalan kentang kerana isu tanaman itu sendiri dan kelewatan bekalan dek pandemik.



Langkah KFC Singapore menyusuli tindakan yang sama di negara lain. Pada Januari, KFC Kenya meniadakan kentang goreng daripada menunya kerana ia tidak dapat mengimport kentang hiris dari Mesir.



Di Jepun, McDonald's meniadakan kentang goreng saiz sederhana (medium) dan besar (large) dalam menu untuk seminggu pada Disember. Sebulan selepas itu, ia menggantung jualannya lagi.



Bulan lalu, media melaporkan gedung besar rangkaian makanan segera di Indonesia, Malaysia dan Taiwan juga menangani masalah mencari bekalan kentang.



Selain kentang, gangguan pada bekalan makanan juga membawa kesan pada bahan seperti daging dan makanan laut.



Harga pengangkutan, tenaga kerja dan muatan yang kian meningkat turut menyumbang pada masalah ini, jelas pemilik perniagaan kepada akhbar The Straits Times.



Encik Pinaki Rath, 52 tahun, pengarah urusan syarikat F&B L'Angelus Group, berdepan dengan cabaran mencari kentang dan daging. Syarikat ini memiliki jenama restoran termasuk L'Angelus, Les Bouchons and Tapas dan 24.



Harga daging lembu meningkat sekitar 44 peratus pada tahun lalu manakala produk keju dan tenusu juga ketandusan, jelas Encik Rath.



Katanya lagi: "Tiada kategori makanan yang mempunyai harga stabil atau dikurangkan. Kami menjangkakan kos makanan bertambah antara 10 hingga 15 peratus tahun ini."



Pemilik generasi ketiga kedai makan Ka-Soh, Encik Cedric Tang, 36 tahun, juga menyesuaikan bahagian mi sup ikannya dengan mangkuk sederhana berisi 200 gram hirisan ikan berharga $15 berbanding $25 bagi hirisan ikan 300 gram.



Dengan harga bunga kekwa bertambah sebanyak 20 peratus, beliau mengenakan harga $2.50 seorang bagi teh bunga yang boleh ditambah bila-bila masa oleh pelanggan berbanding harga asal $2 seorang.



Penyesuaian harga itu, kata Encik Tang, diharapkan mendorong pelanggan berkongsi agar biaya setiap orang tidak terlalu banyak.



Naib Presiden Kawasan (Asia) firma sofwe perancangan perniagaan, Anaplan, Encik Bhavik Vashi, yang bekerjasama dengan syarikat untuk memanfaatkan sepenuhnya proses perancangan rantaian bekalan menjangkakan inflasi akan kekal lama.



"Sedang peningkatan harga cukup ketara sehingga mendesak sesetengah perniagaan agar mengalihkan kos itu kepada pelanggan, pemain pasaran utama mungkin bergantung pada skala ekonomi mereka untuk menyerap kos dalam jangka pendek.



"Bagaimanapun, situasi ini cepat berubah dan sebarang peningkatan harga mungkin secara mudah menggambarkan harga yang meningkat merentasi semua bidang pengguna," katanya.




"Tiada kategori makanan yang mempunyai harga stabil atau dikurangkan. Kami menjangkakan kos makanan bertambah antara 10 hingga 15 peratus tahun ini."
- Encik Pinaki Rath, pengarah urusan syarikat F&B L'Angelus Group.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >