MENJELANG 2020, Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) bercadang mengurangkan hampir suku kadar pengambilan gula dalam kalangan penduduk Singapura, selain menambah karbohidrat asli seperti bijirin penuh, dalam diet mereka.
HPB semalam berkata ia juga akan menyediakan satu set panduan bagi pengilang makanan untuk mengurangkan kadar kandungan gula yang digunakan dalam sos, manisan dan minuman ringan.