Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

'Perangi ekstremisme atas dasar kepercayaan kukuh pelbagai kaum'

Persefahaman harus terus dibina dalam generasi rakyat S'pura yang seterusnya, dan tidak harus diambil ringan: Maliki
Mar 16, 2021 | 05:30 AM



USAHA menentang ekstremisme agama mesti terus dibina atas dasar kepercayaan dan persefahaman yang kukuh dalam kalangan masyarakat agama dan etnik yang berbeza di negara ini, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.



Malah, kepercayaan dan persefahaman itu harus terus dibina dalam generasi rakyat Singapura yang seterusnya, dan tidak pernah harus diambil ringan, tambah beliau.



Dr Maliki berkata demikian ketika berucap dalam satu acara perhimpunan persahabatan dan perpaduan antara masyarakat Yahudi dengan Islam yang diadakan di Raffles Town Club semalam.



Beliau memberi contoh beberapa usaha diterajui masyarakat untuk memupuk persahabatan antara masyarakat Yahudi dengan Islam di Singapura, seperti acara iftar antara agama yang diadakan oleh Lembaga Kebajikan Yahudi di Sinagog Maghain Aboth pada 2019.



"Singapura telah berkembang maju sebagai sebuah negara berbilang budaya disebabkan usaha gigih kita untuk memupuk kepercayaan dan persefahaman bersama, yang membolehkan kita mencari kekuatan dalam kepelbagaian kita. Kita tidak boleh membiarkan kuasa pemecah belah memisahkan kita.



"Kita mengambil pengajaran daripada kejadian serata dunia yang telah memecah belahkan masyarakat. Dengan sokongan pemimpin agama dan masyarakat, kita boleh dan kita akan bekerjasama untuk membina sebuah masyarakat lebih kukuh dan padu," kata beliau.



Dr Maliki berkata pemerintah akan terus menyokong usaha dipacu masyarakat dan bekerja rapat dengan pertubuhan agama dan masyarakat untuk membina kepercayaan dan persefahaman dalam kalangan rakyat Singapura berbilang agama.



Misalnya, Dana Keharmonian Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) telah menyokong sekitar 200 inisiatif sejak tujuh tahun lalu dalam usaha memperkukuh keharmonian kaum dan agama, dan telah membolehkan pertubuhan agama dan masyarakat membangunkan keupayaan untuk menjalankan usaha sedemikian.



Acara perhimpunan yang diadakan semalam itu anjuran bersama badan-badan Melayu/Islam, Persatuan Bertindak Ginjal Bagi Masyarakat Islam (MKAC) dan pertubuhan antara agama Roses of Peace dihadiri pemimpin masyarakat kanan yang mewakili 20 badan Melayu/Islam dan 10 pemimpin masyarakat Yahudi di sini.



Antara yang hadir termasuk Imam Masjid Ba'alwie, Habib Hassan Al-Attas; Ketua Rabai Singapura, Rabai Mordechai Abergel; Presiden Lembaga Kebajikan Yahudi, Encik Nash Benjamin; dan Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Alami Musa.



Ia diadakan menyusuli laporan baru-baru ini melibatkan belia berusia 20 tahun yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana merancang serangan di Sinagog Maghain Aboth di sini.



Dr Maliki menegaskan bahawa "tidak ada tempat bagi perbuatan ganas seperti itu yang mengancam keharmonian berharga yang telah kita bina selama berdekad lamanya dalam masyarakat berbilang agama dan kaum kita".



Beliau menambah bahawa kes-kes belia yang menjadi radikal baru-baru ini terus memberi peringatan bahawa ancaman pengganasan dan radikalisasi terus wujud, tidak kira kaum dan agama.



Keterhubungan negara ini kepada dunia dan penggunaan media sosial yang berleluasa juga memerlukan setiap orang terus kekal berwaspada terhadap ancaman radikalisasi menerusi dalam talian, kata beliau.



"Pemerintah akan terus memastikan kandungan ekstremis yang mengancam ruang bersama dan keharmonian sosial kita tidak menyebar dalam talian. Namun, dengan sifat Internet, mustahil untuk membasmi semua kandungan seperti itu.



"Oleh itu, kita harus mengamalkan pendekatan seluruh masyarakat untuk menentang pandangan ekstremis yang boleh ditemui dalam talian," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >