Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Perantaraan percuma bagi pasangan perkahwinan, vendor akibat sekatan Covid-19

Jul 14, 2021 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Undang-Undang (MinLaw) sedang memperkenalkan perantaraan untuk membantu mereka dalam sektor perkahwinan yang terjejas akibat sekatan Covid-19.



Majlis perkahwinan itu perlu dijadualkan berlangsung antara 8 Mei dengan 31 Julai.



Satu contoh pertikaian ialah apabila pasangan yang berkahwin dan vendor tidak bersetuju untuk menjadualkan semula atau mengurangkan saiz kontrak, secara bertulis atau sebaliknya, untuk menyediakan perkhidmatan dan barangan.



Resepsi perkahwinan tidak dibenarkan dari 16 Mei hingga 11 Julai.



Seorang karyawan terlatih yang dilantik pihak kementerian akan membantu untuk mencapai satu penyelesaian, jika kedua-dua pihak bersetuju untuk mengambil jalan pengantaraan secara percuma, sekaligus mengelak keperluan untuk menyelesaikan pertikaian di mahkamah.



Pihak yang berminat boleh menghantarkan permintaan mereka di laman go.gov.sg/request-for-mediation bermula hari ini.



Tarikh tutup ialah 10 September.



MinLaw akan cuba melakukan pengantaraan dalam masa dua minggu selepas penyerahan permintaan dibuat.



Sesi itu akan dilaksanakan secara dalam talian dan akan mengambil masa sekitar dua jam.



Kedua-dua pihak dalam kontrak berkenaan harus menghadiri sesi pengantaraan itu.



Jika satu pihak ialah sebuah syarikat atau perniagaan, seorang pegawai atau pekerja yang diberikan hak untuk mewakili pihak tersebut harus menghadiri sesi pengantaraan itu.



Setiap pihak kepada pengantaraan itu tidak harus diwakili oleh peguam.



Pihak pengantara itu akan melakukan cara yang berbeza-beza bergantung kepada penilaiannya terhadap kes itu.



Jika pihak-pihak terjejas mencapai satu penyelesaian, pengantara akan membantu pihak berkenaan untuk menulis satu perjanjian penyelesaian menurut syarat yang dipersetujui selain membantu dalam proses penandatanganan.



Sebaik perjanjian ditandatangani, perjanjian penyelesaian itu perlu dipatuhi kedua-dua pihak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >